Sunday 7 April 2013

Ringkasan Mengenai Diri Saya

Teks : Sarimah Deeply Adzrina
Image:  Koleksi Sarimah Adzrina
 





Bismillahirrahmannirrahim dan Assalamulaikum semua,  


Sebelum ini saya selalu membaca blog orang lain tentang kehidupan seharian mereka dan berasa cukup tertarik dengan cerita dan pengalaman mereka. Nama saya Sarimah Adzrina Binti Nasir atau lebih dikenali dengan panggilan 'Kak Sarimah Adzrina'.  Saya berasal daripada Keningau, Sabah.  Anak kelima daripada sembilan orang adik beradik. 

Sebelum ini saya pernah berkerja dengan Kementerian Pelancongan dan Pembangunan Alam Sekitar di Kota Kinabalu, Sabah.

Setelah itu mengambil keputusan untuk berhenti kerja sepenuhnya dan berhijrah ke Kuala Lumpur, ini adalah kerana minat saya yang terlalu mendalam untuk menceburi bidang rekaan fesyen. Saya pernah mengikuti kursus jangka pendek (6 bulan) di IFTC International Academy of Fashion & Design, Kuala Lumpur.  Pada Ogos 2000, saya telah membuka sebuah butik di Midvalley Megamall atas nama Zas Collections.  Setahun kemudian pada 19 Oktober, 2001 saya telah mencipta sejarah baru dengan mereka pakaian dengan nama 'Sarimah Adzrina' dengan rasminya.  Pada 22 Mei, 2002 saya telah membuat Pertunjukan Fesyen di Hotel Millennium, London yang dihadiri oleh Datuk Jimmy Choo, seorang pereka kasut yang terkenal.  Turut sama, anak Malaysia iaitu Justin Oh, iaitu seorang pereka yang juga terkenal. Ini adalah pembiayaan sendiri dan usaha saya sendiri untuk memperkenalkan hasil rekaan saya. Ternyata ia membuahkan hasil dan mendapat sambutan yang cukup hebat.  Pada 17 Jun, 2002 saya sekali lagi dijemput untuk membuat pertunjukan fesyen sempena Pre-Ascot Celebration Launcheon di The Shakespeare Golbe Theatre, London bersama dengan Deida Acero iaitu seorang pereka topi hebat mendiang Puteri Diana, ada bersama Cecilio Serna International Designer untuk Spanish Royal Family, di hadiri oleh  Ivana Trumph, bekas isteri American Magnate Donald Trumph bersama anak beliau seorang model terkenal Ivana Trumph. Mereka turut membeli 6 helai hasil rekaan saya juga menjemput saya sebagai tetamu khas ke rumah beliau. Ini adalah satu pengalaman yang cukup indah. 

Saya pernah dijemput untuk menyertai pertunjukan fesyen di Malam Gala Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2003 di Dewan Merdeka, PWTC bersama pereka-pereka terkenal Dato' Bernard Chandran, Dato' Radzuan Radzwill, Eric Choong dan pereka tempatan yang menempah nama di London iaitu Justin Ho. 

Rekaan fesyen saya juga pernah menjadi hiasan di majalah-majalah popular seperti Her World, Rias, Nona, Midi, Mingguan Wanita dan Majalah Wings of Golds (MAS).

Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk membuat perniagaan saya daripada rumah pada tahun 2012 kerana ingin lebih masa dirumah dan tidak tergesa-gesa untuk membuat sesuatu pekerjaan.  Minat untuk menulis blog apabila saya ingin berkongsi tentang pengalaman-pengalaman ini.  Selain itu saya ingin untuk meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak.  Ini serba sedikit tentang diri saya dan pengalaman saya.  Semoga kehidupan kita senantiasa dirahmati oleh Allah s.w.t. 


1 comment:

  1. Wah! hebatnya akak, suka saya baca perkongsian di atas. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...