Sunday 14 April 2013

Khamis[28/3/2013] Warna Juga Boleh Mempengaruhi Emosi dan Persekitaran Kita


Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Image:  Google
 


Google Image


Google Image



Sebut sahaja warna sememangnya memainkan peranan penting dalam kehidupan kita semua.  Warna boleh menonjolkan emosi, perasaan mahupun persekitaran.  Untuk kediaman, warna menjadi peranan mahupun tunjang utama dalam memantulkan suasana dan emosi yang kepelbagaian.  Untuk itu tidak hairanlah jika setiap ruangan yang dicat menggunakan cat warna yang berbeza aka menerbitkan impak yang berbeza-beza.

Jesteru itu, dalam mencipta kediaman impian mahupun pemilihan warna untuk pakaian haruslah bersesuaian dengan emosi kita, haruslah mengenali fungsi warna terhadap ruangan terlebih dahulu bagi kediaman dan bagi pakaian haruslah dikaji adakah bersesuaian dengan corak warna dengan stail yang hendak kita reka mahupun kenakan.

Warna juga memainkan peranan dalam ertikata mempunyai maksud tersendiri seperti warna merah - melambangkan kesan sensual dan mewah, membangkitkan rasa lebih bertenaga, optimis, aktif, hangat dan bersemangat.  Namun penggunaan terlalu banyak warna merah boleh merangsang kemarahan yang agresif. Manakala warna hitam melambangkan maskulin, elegan, mewah, dramatik dan mistri. Warna ini juga boleh menimbulkan kesan duka dan tertekan. Warna hitam sering digabungkan dengan warna merah agar suasana persekitaran dapat diseimbangkan.

Manakala warna putih sering digunakan bagi menimbulkan suasana yang lebih lapang dan bersih.  Kemurnian, perlindungan, ketenteraman, kenyamanan dan memudahkan reflekasi adalah lambang kepada warna putih. Tapi harus berhati-hati mengunakan warna putih sepenuhnya kepada rumah kediaman memandangkan boleh menimbulkan perasaan dingin, kaku dan steril.  Bagi warna merah jambu memanglah satu-satunya warna yang sungguh romantik dan menenangkan, juga melambangkan kasih sayang dan perasaan cinta serta dapat memberi kesan yang positif terhadap minda dan emosi kanak-kanak. Warna biru bermaksud meminjam elemen air dan udara seolah-olah ruangan sedang berinteraksi dengan alam, menimbulkan kesan yang lapang dan harmoni serta boleh melahirkan perasaan sejuk, tenteram dan damai. Warna biru juga sering dikaitkan dengan kesan etnik serta antik.

Warna ungu sememangnya sensual, feminin, antik, anggun dan hangat. Sering juga dikaitkan dengan suasana spiritual, misteri dan daya penarik yg kuat manakala warna hijau sering dikaitkan dengan alam semulajadi kerana boleh membangkitkan suasana persekitaran yang segar, bertenaga dan menyejukkan. Warna hijau juga boleh menimbulkan kesan elegan, serta boleh meredakan stres. Penggunaan warna coklat pula boleh membangkitkan suasana nyaman, anggun serta elegan. Satu-satunya warna yang bersifat natural, hangat dan menenangkan.

Sememangnya warna warni adalah satu-satunya yang boleh membuat kita rasa gembira, anggun dan berkeyakinan diri yang tinggi.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...