Thursday 22 August 2013

23/8/2013 [Khamis] - Kunjung Mengunjung Di Hari Raya Aidilfitri Yang Mulia


Teks:  Sarimah Adzrina Nasir
Foto:  Koleksi Sendiri



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi Jumaat yang mulia ini,

Hari raya aidilfitri dah masuk hari ke 16, dan suasana kemeriahannya masih terasa.  Saya dan sekeluarga dah kembali daripada bercuti setelah 2 minggu berhari raya dengan keluarga di kampung.  Semanjak saya kembali ke sini, setiap hari ada saja rakan-rakan menjemput untuk rumah terbuka. Jadual padat untuk rumah terbuka [open house].  Syukur alhamdulillah memang keseronokan cukup terasa setiap kali kita berkunjung mengunjung dengan saudara-mara mahupun rakan-rakan kita.

Keseronokan saya bersama keluarga berhari raya dikampung halaman saya baru-baru ini masih lagi terasa walaupun saya dan keluarga telah kembali ke Semananjung Malaysia.  Hari raya aidilfitri tahun ini memang agak lain sedikit daripada sebelumnya kerana seluruh adik beradik saya berhari raya pertama dirumah orang tua kami.  Kalau sebelum ini, raya kedua atau ketiga baru dapat berjumpa adik beradik lain kerana masing-masing berhari raya dengan keluarga sebelah isteri mahupun suami masing-masing.  Tetapi tahun ini semua adik beradik saya berkumpul dan sempatlah kami bergambar adik-beradik serta anak-anak buah serta cucu-cucu ibu saya.  Wah! boleh bayaangkan suasana di pagi raya memang sunggguh seronok dengan karenah masing-masing.  Sanak saudara daripada jauh dan dekat datang berkunjung hinggakan ada yang kita tak pernah jumpa setelah semua sudah dewasa.  Mungkin masa zaman kanak-kanak bermain bersama tetapi bila dewasa dan menyambung pelajaran masing-masing hinggalah dah berkerja, hari raya aidilfitri ini lah yang menemukan kita semua.  Syukur alhamdulillah dapat menyambung semula silaturahim yang bertahun-tahun tak jumpa.  Semoga perjumpaan kami semua pada hari yang mulia ini akan berkekalan selamanya. Apabila saya melihat anak-anak buah saya telah dewasa, hati sedih dan gembira. Entah-entah sempat lagi ke diri ini menyambut ramadhan dan hari raya aidilfitri tahun depan? Macam ini lah fikiran saya setiap kali kembali daripada berhari raya dikampung.


Adik Beradik Perempuan dengan Ibu



Adik Beradik Lelaki dengan Ibu




Suasana berhari raya dikampung memang jauh sekali bezanya dengan dibandar.  Jauh daripada sanak saudara, kalau dibandar kita berhari raya dengan jiran-jiran dan kawan-kawan sahaja.  Kalau adapun sanak saudara yang kebetulan berkerja atau berkahwin dengan orang disini, dapatlah berkunjung kerumah mereka. Hilang lah juga kesedihan dan kerinduan dikampung. Sememangnya hari raya aidilfitri adalah hari yang sangat-sangat indah dan mulia, disamping bermaaf-maafan dan saling sayang menyayangi diantara satu dengan lain.  Begitu jugalah dengan niat kita didalam perniagaan online mahupun offline kena saling bantu membantu dan saling sokong menyokong diantara satu dengan lain.  Semoga kehidupan kita sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.  Amin Ya Rabbal Aalamin. 'Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf, Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan. 




Wednesday 21 August 2013

22/8/2013 [Khamis] -Pendapat Sanak Saudara dan Kawan-Kawan Tentang Bisnes Online dan Offline


Teks:  Sarimah Adzrina Nasir
 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi Khamis yang indah ini,

Setelah sekian lama tidak menulis entri dalam  blog ini, rasanya saya semacam kehilangan idea nak tulis apa.  Sebenarnya banyak yang nak dikongsi bersama, akan tetapi nak memulakan penulisan tak tahu nak bermula dimana.  Ini adalah akibat dah terlalu lama menyepi disebabkan tugasan yang terpaksa diselesaikan semasa bulan ramadhan hinggalah hari raya aidilfitri menjelang.  Tambahan pula saya sekeluarga balik kampung selama 2 minggu untuk menyambut hari raya aidilfitri bersama keluarga disana.  Alhamdulillah sekarang ini nak memulakan semula tugasan seperti biasa.

Untuk nak memanaskan kotak fikiran semula, disini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya semasa saya bercuti berhari raya dikampung halaman saya baru-baru ini. Dapat berjumpa sanak saudara daripada yang dah kenal sampai lah yang belum pernah berjumpa.  Suasana riuh rendah jadinya.  Dalam suasana yang cukup mengembirakan itu, ramai sanak saudara yang bertanya kepada khabar tentang diri saya dan keluarga saya juga sempat mereka bertanya tentang perniagaan saya pada masa ini.  Jadi saya menyatakan kepada mereka bahawa sekarang ini saya membuat perniagaan butik melalui online sahaja dan tidak lagi dengan offline.  Mereka ada bertanya beberapa soalan tentang bisnes online itu menguntungkan ke atau macam mana? Jadi saya memberi tahu mereka bahawa apa-apa bisnes pun samada online ke atau offline ke sama sahaja.  Bezannya online ini kena rajin membuat promosi setiap hari tentang produk kita dan memerlukan ayat-ayat yang boleh meyakinkan kepada pelanggan-pelanggan kita diluar sana.  Ada juga sanak saudara bertanya kepada saya kenapa saya menukarkan perniagaan saya daripada bisnes offline kepada online? Saya memberitahu mereka secara jujur tentang hal ini.  Sempat juga sanak saudara menunjukkan kepada saya, produk-produk yang mereka beli melalui online terutamanya pakaian yang mereka pakai semasa hari raya tersebut.  

Dalam pada itu ada juga sanak saudara yang berkata mereka lebih suka membeli belah melalui offline.  Saya bertanya kepada mereka sebab-sebabnya, dan inilah jawapan mereka 'kalau membeli melalui offline, dapat melihat dan merasai produk tersebut dengan lebih jelas dan dapat mencubanya samada sesuai apabila disarungkan kebadan [sekiranya mereka membeli pakaian dan dapat melihat dengan jelas jenis kain dan warna sebenarnya pakaian tersebut].  Begitu lah antara pengalaman yang saya dapat daripada sanak saudara mahupun kawan-kawan yang datang berhari raya dirumah keluarga saya.

Saya rasa cukup dulu penulisan entri saya buat masa ini, in shaa Allah saya akan berkongsi cerita lagi dengan anda pada entri seterusnya. Terima kasih dan wasallam.





Saturday 6 July 2013

6/7/2013 - Biskut Kegemaran Keluarga

Teks  :  Sarimah Deeply Adzrina
Foto  :  Koleksi Sendiri

Hari ini sabtu bersamaan 6/7/2013 agak santai sikit daripada hari-hari biasa, jadi tajuk entri saya juga memang tidak ada kaitan dengan tajuk blog saya cuma saya nak berkongsi apa yang telah saya buat hari ini. Hari ini saya terasa nak buat sesuatu yang boleh menyeronokkan diri saya setelah setiap hari ada saja tugasan yang harus diselesaikan dan agak terasa sedikit stress. Lagipun saya dah lama tak membuat biskut atau kek untuk makanan kami sekeluarga. Kebetulan bahan-bahan untuk membuat biskut ada dalam simpanan lagi, jadi saya cubalah membuat resepi 'sugar cookies'. Resipi ini agak senang sedikit nak buat. Ini biskut kegemaran saya dan keluarga.

Bahan-bahannya:-

125 g Butter
125 g Gula Kastor
1 Biji Telor (size Medium)
1 Sudu Kecil Perasa Vanila
250 g Tepung Gandum

Bahan-Bahan Untuk Icing Atas Biskut:-

450 g Royal Icing
Air (untuk diletak dalam Icing)
Pewarna (ikut kesukaan warna anda)

Cara Membuat:-

Putarkan butter dengan gula kastor kedalam elektrik mixer sehingga berwarna krim dan lembut.  Masukkan telor dan perasa vanila.  Setelah dah lembut, masukkan tepung gandum sedikit-demi sedikit sehingga sebati dan keluarkan daripada mixer dan bungkus adunan tersebut menggunakan aluminum foil.  Simpan dalam peti ais selama 1 jam.  Selepas 1 jam, keluarkan dan uli adunan tersebut sehingga rata [seperti dalam gambar yang  saya tunjukkan] 


                                                  






Sementara membuat bentuk adunan tersebut, panaskan oven 180 c selama 10 minit dahulu. Setelah selesai membuat bentuk adunan maka bakarlah adunan tersebut selama 15 atau 20 minit sehingga warna kekuningan. Setelah masak, sejukkan biskut tersebut sebelum menyapukan gula royal icing pekatkan sedikit. Bubuhlah setitik warna kegemaran anda. Biarkan sehingga icing menjadi keras. Sedia untuk dimakan.



* maaf kalau cara penyampaian saya dalam entri ini anda kurang faham.  Ini hanya saya suka-suka sahaja. Selamat mencuba :) untuk memeriahkan entri saya pada hari ini.

Wednesday 3 July 2013

3/7/2013 - Pelanggan dan Perkhidmatan

Teks : Sarimah Deeply Adzrina
Foto :  Google Images


Seperti biasa apabila tiba bab nak menulis entri ini, saya akan selalu kehilangan idea.  Walaupun sebelum mengadap komputer, didalam fikiran ini rasanya banyak idea yang nak ditulis.  Seperti biasa dah buka komputer, tiba-tiba idea satu persatu hilang dalam fikiran dan langsung hilang fokus. Mungkin saya ini bukan orang yang menetapkan disiplin diri.  Kebiasaan nya, saya akan buat sesuatu kerja dahulu dan secara tidak langsung kotak fikiran mula datang idea-idea sedikit demi sedikit.  Begini lah cara saya mengembalikan keinginan untuk menulis entri.  Kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit pengetahuan tentang pelanggan dan perkhidmatan.

Google Images

Setiap seseorang yang ingin membuat sesebuah perniagaan, haruslah membuat kajian terlebih dahulu tentang siapa ke pelanggan kita dan apakah perkhidmatan yang akan kita berikan kepada pelanggan nanti.  Melalui pengalaman yang saya lalui sebelum ini, memang agak kelam kabut sikit kerana kurang faham selok belok tentang perniagaan. Terlalu banyak dugaan yang dihadapi disebabkan kekurangan pengetahuan tentang perniagaan.  Disini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang telah saya lalui sebelum ini.  Antaranya:-


PELANGGAN

  • Pelanggan adalah aset yang paling penting dalam sesuatu perniagaan yang kita bina.  Tanpa pelanggan umpama perniagaan kita itu tak berpenghuni, insan yang memberi peluang kepada kita untuk kita memberi perkhidmatan kepada mereka.
  • Pelanggan juga tidak bergantung harap kepada kita akan tetapi kita yang bergantung harap kepada mereka serta mereka adalah yang memerlukan perkhidmatan dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah daripada kita.
  • Pelanggan juga adalah seorang insan yang wujud secara fizikal, punya perasaan dan emosi tersendiri.  Juga mempunyai pendapat yang berbeza-beza serta pertimbangan lain.
  • Pelanggan adalah insan yang membawa permintaan dan kemahuannya kepada kita.  Menjadi tanggungjawab kita memenuhi permintaan dan kemahuan yang boleh membawa keuntungan kepada perniagaan kita. 

PERKHIDMATAN 
 
  • Terdapat beberapa ciri perkhidmatan yang perlu kita ketahui sebelum kita betul-betul merangka strategi yang terbaik dalam melayan karenah pelanggan samada kita menjual barangan ataupun memberikan perkhidmatan.
  • Perkhidmatan sesuatu yang perlu dihayati kerana ia akan memberi kesan secara tidak langsung kepada pelanggan.
  • Perkidmatan adalah sesuatu yang tidak dapat disentuh atau dilihat dengan mata kasar kerana ianya dapat dilihat dirasai dengan perasaan. Tidak kiralah apa juga perkhidmatan seperti kedai jahit, restoran dan sebagainya, kalau digabungkan produk dan perkhidmatan, secara amnya pelanggan mempunyai pandangan berbeza mengenai perkhidmatan yang diberi. Misalnya kedai jahit dan kedai pakaian walaupun kain atau fesyen nya sama akan tetapi apabila kita bercerita atau menerangkan kepada pelanggan, ini adalah salah satu cabaran besar demi untuk memuaskan hati pelanggan. Ini lah yang dinamakan perkhidmatan yang berbeza-beza.
  • Apapun perniagaan, pelanggan dan perkhidmatan adalah yang memainkan peranan penting didalam sesuatu perniagaan yang akan kita usahakan.  Samalah perniagaan butik offline, pelanggan memang selalu nak yang terbaik tentang perkhidmatan yang diberikan oleh setiap perniagaan butik offline.
  • Tak lama lagi bulan ramadhan yang mulia akan menjelang tiba.  Seperti kebiasaan setiap tahun menerima tempahan untuk pakaian hari raya aidilfitri sudah ditutup pada saat ini. Sambil-sambil buat entri ini, tangan saya juga berjalan untuk menyiapkan busana untuk pelanggan tetap saya untuk mereka mengenakan di hari raya aidilfitri nanti.  Sekian dulu entri saya buat kali ini, sehingga berjumpa di entri yang akan datang nanti.





Tuesday 2 July 2013

2/7/2013 - Sahabat Yang Baik Adalah Anugerah Allah SWT


Teks  :  Sarimah Deeply Adzrina
Foto  :  Google Images


Hari ini selasa bersamaan 2/7/2013 saya sedang berpuasa sunat [sahaja nak melatihkan diri dimana bulan ramadhan tak lama lagi akan menjelang] dan hari ini juga adalah hari yang paling mencabar kesabaran saya, apabila saya mendapat berita yang saya agak penting dan harus diselesaikan dalam masa terdekat ini.  Saya pujuk diri ini dan berkata ini adalah dugaan yang allah s.w.t. berikan kepada hambanya yang sedang berpuasa sunat, ya allah ya tuhan ku, berikan saya kekuatan dalam menghadapi apa juga situasi atau dugaan yang datang dengan tiba-tiba. Itu antara doa-doa dalam hati saya agar saya tenang.  Apabila kita didalam situasi sebegini biasanya kita memerlukan seorang sahabat baik kita untuk bercakap atau meminta nasihat bagaimana nak menyelesaikan sesuatu masalah yang sedang melanda diri kita pada saat ini, disamping kita berdoa kepada allah s.w.t agar segalanya dipermudahkan. Mungkin ini ujian buat diri saya dimana dalam masa yang sama saya sedang berpuasa sunat.  
 
Google Images
Selepas mengerjakan solat sunat dhuha, tiba-tiba saya teringatkan sabahat baik saya, lalu saya menghubunginya dan menceritakan kepadanya yang saya mempunyai sesuatu masalah yang harus diselesaikan akan tetapi kotak fikiran saya pada masa dan saat ini memang langsung tak boleh berfikir.  Sahabat baik saya itu memberi saya beberapa tips dan cuba tenangkan saya dengan kata-kata yang cukup lembut dan saya merasa cukup kagum dia boleh memberikan saya satu nasihat dan pendapat yang cukup bernas.  Setelah habis bercakap dengan sahabat baik saya itu, saya cuba tenangkan diri saya dan ikut nasihat sahabat saya itu dengan cara menarik nafas sedalam-dalamnya dan beristighfar banyak-banyak dan mula mengatakan bahawa saya mampu untuk menyelesaikan masalah ini dan keadaan yang tenang.  Selang beberapa jam kemudian tiba-tiba saya mendapat satu jalan macam mana nak menyelesaikan masalah yang sedang saya hadapi itu. Sahabat baik saya ini memang orang baik dan selalu membantu saya untuk menyelesaikan sesuatu masalah apabila saya memerlukan nasihatnya.  Itu lah namanya sebuah persahabataan yang allah s.w.t. anugerahkan untuk saya.

Kini bila fikiran kita dah mula tenang dan dapat berfikir dengan baik, maka nak buat sesuatu tugasan pun dapat berjalan dengan baik dan lancar.  Kerana seorang sahabat yang baik, tugasan saya pada hari ini dapat diselesaikan walaupun agak dah terlewat sedikit.  Syukur alhamdulillah dan serba sedikit saya dapat mempelajari sedikit ilmu bagaimana nak mengatasi permasalaan yang tiba-tiba datang tanpa diundang terhadap diri kita.  Saya bersyukur alhamdulillah juga kepada allah s.w.t. kerana telah selamat berbuka puasa sunat dengan penuh ketenangan serta menikmati juadah ala kadar saja. Semoga kehidupan hari ini akan jadi lebih baik daripada hari-hari sebelumnya.

Saya amat bersyukur alhamdulillah kerana dipertemukan seseorang insan yang akhirnya menjadi sabahat baik saya dunia dan akhirat. Walau dalam keadaan apapun, dia tetap sentiasa ada bersama saya walau dalam keadaan apapun. Terima kasih wahai sahabat yang baik semoga diri mu diberkati oleh allah s.w.t, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat Amin Ya Rabbal Aalamin.


Sunday 30 June 2013

29/6/2013 - Perniagaan dan Pengambilan Risiko


Teks :  Sarimah Deeply Adzrina
Foto :  Google Images


Hari ini entah dah kali yang keberapa saya cuba mencari tajuk yang sesuai untuk entri yang akan saya tulis pada malam ini sementara fikiran masih tenang.  Akhirnya saya mengambil tajuk 'Perniagaan dan Pengambilan Risiko' daripada pengalaman yang saya lalui sebelum ini.  Dengan membuat secawan kopi [memang kegemaran saya mesti ada secawan kopi panas kalau membuat sesuatu pekerjaan yang menggunakan pemikiran yang bernas] baru idea-idea yang hendak ditulis itu akan mudah dan lancar.  Itu lah kelebihan secawan kopi panas dapat menyelesaikan sesuatu tugasan dengan baik.

Seseorang yang menceburi bidang perniagaan boleh mengibaratkan dirinya sebagai seorang pendaki gunung yang terpaksa mengharungi berbagai-bagai situasi yang tidak menentu serta cabaran-cabaran yang hebat belaka seperti halangan, rintangan dan sebagainya, sebelum ia betul-betul berjaya untuk sampai ke puncak dengan jayanya.  Semua dugaan mahupun halangan ini boleh ditempuhi dengan jayanya sekiranya seseorang itu ada membuat persiapaan awal sebelum memulakan sesuatu perniagaan, agar mudah untuk ketahanan mental apabila menghadapi sebarang kemungkinan. Juga apabila tibanya masalah kelak sebelum sampainya ke puncak kejayaan. Semua ciri-ciri ini perlu ada pada setiap orang yang akan melibatkan diri didalam perniagaan apa sekalipun.  Ini supaya seseorang harus mempunyai keberanian untuk membebaskan diri daripada risiko yang bakal datang kelak. Tiga perkara yang harus ada didalam diri kita iaitu kemahiran, pengetahuan dan pengalaman baru yang diperlukan untuk menilai risiko serta membuat pemilihan yang kritikal.





Google Images


Apa juga perniagaan yang akan kita ceburi, mesti ada suatu masa yang akan  kita lalui iaitu satu dugaan yang cukup mencabar.  Permasalaan ini mesti akan seseorang tempuhi seperti masalah kakitangan yang tidak jujur, aliran keluar masuk hasil jualan dan karenah pelanggan serta ketidakpuasan hati antara pekerja dengan majikan dan seribu satu macam masalah. Apapun rintangan serta dugaan yang akan seseorang hadapi, haruslah hadapi dengan penuh tenang serta yakin setiap permasalaan mesti ada jalan penyelesaiannya.  Cuma cara bagaimana seseorang itu harus mengendalikan nya, adalah budibicara diantara majikan dan pekerja.  Lagi besar perniagaan seseorang itu nanti, maka lagi besarlah cabaran dan risiko yang akan dihadapi. Akan tetapi seseorang yang betul-betul berminat untuk menceburkan diri didalam apa juga perniagaan, belajarlah seberapa banyak pengetahuan dan buat penyelidikan terlebih dahulu sebelum seseorang betul-betul mengambil langkah seterusnya.

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.  In shaa allah niat yang ikhlas seiring dengan cita-cita yang tinggi segalanya akan menjadi kenyataan. Kopi secawan dah pun habis dan idea-idea yang nak dikongsi pun semakin lemah.  Saya rasa cukup sampai disini dulu untuk entri hari ini, sampai berjumpa lagi di lain entri.
Assalamualaikum w.b.t dan selamat malam.

Wednesday 26 June 2013

27/6/2013 - Bulan Ramadhan Bulan Mulia Hampir Terasa


Teks :  Sarimah Deeply Adzrina
Foto:  Google Images


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Maaf saya baru kembali menulis entri setelah beberapa minggu tidak menulis entri apa-apa dalam blog ini.  Hari ini saya agak tidak begitu sibuk jadi sambil-sambil membuat kerja lain sambil menulis entri.  Kejap lari ke depan, kejap ke belakang.  Ini lah kehidupan hari-harian yang harus dilalui.

Tajuk entri saya hari ini adalah berkenaan 'Bulan Ramadhan Bulan Mulia yang hampir terasa atau ditunggu-tunggu oleh semua orang yang berugama Islam.  Bulan ramadhan adalah satu-satu bulan yang sangat mulia dan sangat ditunggu-tunggu bagi yang mahu meneruskan penghijraan dalam kehidupan masing-masing.  Kelebihan 3 bulan iaitu Rejab, Syaaban dan Ramadhan adalah bulan bagi kita semua agar masing-masing melaksanakan tanggungjawab dengan memperbanyakkan puasa sunat, solat sunat malam (tahajjud) dan solat sunat yang lain disamping memohon doa agar hidup kita serta urusan dunia dipermudahkan.

Kedatangan bulan ramadhan memang kian terasa yang hanya beberapa hari saja lagi.  Kita semua akan melaluinya.  Dengan iringan doa setiap kali selepas solat, minta dipanjangkan umur, diberi kesihatan tubuh badan yang sihat agar dapat menikmati bulan ramadhan bersama-sama umat islam yang lain.  Gembira, hiba bercampur sedih apabila tibanya bulan ramadhan ini kerana bulan ramadhan yang mulia ini lah segala amal ibadat kita diterima serta segala doa dimakbulkan oleh allah s.w.t. juga baik bagi kita yang inginkan sesuatu perubahan dalam diri kita atau bermuasabah diri kearah jalan yang diredahi oleh allah s.w.t. agar kita menjadi insan yang cukup mulia di allah s.w.t.


Google Images
Bagi orang-orang yang berniaga, memang bulan ramadhan yang mulia ini adalah bulan yang sangat-sangat ditunggu-tunggu bak kata orang 'bulan membeli-belah' untuk persiapan hari raya aidilfitri yang bakal tiba.  Pada masa ini dimana sahaja gedung membeli belah mahupun perniagaan online, memang dah menjual pakaian, tudung, biskut dan bermacam-macam.  Tidak kurang juga yang membeli belah barang-barang dapur untuk persediaan menyambut bulan ramadhan yang mulia ini dimana semua umat islam akan berpuasa selama sebulan.  Selalunya bagi kaum hawa bercuti daripada memasak seperti biasa kecuali memasak untuk anak-anak yang belum berpuasa mahupun memasak untuk berbuka puasa nanti.  Kebiasaannya, sewaktu bulan ramadhan semua umat islam akan berlumba-lumba untuk menambahkan ilmu keagamaan, bersedekah,  mahupun membaca ayat-ayat al-quran serta membuat banyak kebaikan.

Samalah juga bagi orang-orang yang berniaga biskut.  Ini adalah masa yang paling sibuk bagi mereka dimana nak mengendalikan urusan rumah tangga, anak serta tanggungjawab sebagai isteri.  Bagi yang masih bujang, selalunya mereka akak membuat biksut untuk dijual di bazaar ramadhan serta tempahan-tempahan yang telah dibuat. Bagi yang berkerja mereka akan membuat jadual waktu untuk sepanjang bulan ramadhan agar semua urusan teratur dan dapat menjalankan waktu yang bernafaat. Walauapa pun, sama-samalah kita melakukan perubahan kepada diri kita masing-masing demi untuk meningkatkan motivasi diri serta berfaedah kepada diri kita sendiri disepanjang bulan ramadhan yang mulia yang akan tiba tidak lama lagi.  

Saya juga sibuk dengan perniagaan online yang sedang saya jalankan sekarang ini, semoga apa juga yang akan kita lakukan mahupun kita kerjakan semoga mendapat keredaan daripada allah s.w.t dan selamat menyambut bulan ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.  Banyak lagi tempahan yang saya kena buat pada masa ini.  Masa semakin pantas berlalu.  Sekian dulu entri saya pada kali ini, semoga allah s.w.t. mempermudahkan segala urusan kerjaya saya dan juga urusan keluarga dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Aalamin.


Wednesday 19 June 2013

20/6/2013 - Part II - Strategi Pengurusan dan Pemasaran Butik Offline


Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Foto:  Googles Images



Hari ini agak lewat saya memulakan penulisan entri disebabkan sepanjang hari ini saya ada beberapa tugasan yang harus saya laksanakan.  Entri saya kali ini adalah kesinambungan kepada entri saya  khamis 18/6/2013.

Setiap seseorang yang akan menceburkan diri didalam apa juga perniagaan, haruslah tahu dan perlu tentang strategi dan pemasaran yang betul.  Seperti kemampuan pengeluaran produk, sumber kewangan yang mencukupi serta memahami sedalam nya arah tuju perniagaan serta memahami kekuatan dan kelemahan perniagaan itu nanti.  Daripada pengalaman saya tentang perniagaan butik offline ini, setiap hari mesti mempunyai idea yang baru demi untuk meyakinkan pelanggan kita bahawa kita selalu mengikuti aliran semasa. Dapat menceritakan kepada pelanggan tentang kualiti pakaian yang baru kita atau akan keluarkan. 

Didalam perniagaan juga kita kena banyak belajar bagaimana mengatur strategi pemasaran sebagai menyusun langkah-langkah untuk mencapai matlamat mahupun sasaran.  Kita juga harus tahu atau memahami pasaran yang akan kita terokai serta menentukan siapakah pelanggan kita samada orang remaja, dewasa atau pertengahan umur [ini contoh segmen pasaran] ini disebabkan manusia adalah berbeza-beza citarasa yang tidak sama.


Googles Images


Pemasaran produk juga amat penting didalam sesuatu perniagaan, kerana produk adalah barang dan perkhidmatan yang akan kita tawarkan oleh sesuatu perniagaan.  Sebagai pemilik perniagaan, hendaklah tahu produk terbaru yang lebih diminati oleh pelanggan.  Pengeluaran produk baru adalah satu tindakan yang perlu kerana peniaga mesti mengikuti perkembangan keperluan dan kehendak pengguna.

Walau apapun perniagaan yang kita akan ceburi, semua strategi pengurusan dan pemasaran perlu diambil kira.  Matlamat kita agar perniagaan yang akan kita jalankan dapat berjalan dengan baik dan teratur. Sama lah juga dengan pemasaran butik offline memang memainkan peranan yang cukup penting demi untuk menjadikan butik offline dikenali ramai oleh pelanggan baru.

Ini cuma pendapat dan pengalaman yang saya dapat pelajari semasa saya mengendalikan bisnes butik offline beberapa tahun sebelum saya mengambil keputusan untuk membuat bisnes butik online.


Tuesday 18 June 2013

18/6/2013 - Strategi Pengurusan dan Pemasaran Butik Offline

Teks :  Sarimah Deeply Adzrina
Foto :  Google Images



Hari berganti hari namun penulisan entri masih belum lancar sepenuhnya lagi.  Apabila dah mula menulis entri dan dan sampai separuh jalan, tiba-tiba timbul rasa malas akan tetapi saya gagahi juga diri ini untuk nak menyiapkan satu entri pada malam ini. Kadang-kadang bila dah banyak benda nak dibuat dalam satu masa, memang susah nak fokuskan sesuatu, apa lagi kalau bab penulisan entri sememangnya nak mengatur ayat-ayat yang sesuai, adalah sesuatu yang memang saya tak pandai. Apapun saya selalu motivasikan diri ini berusaha untuk membuat penulisan entri sehari satu cerita. Entri saya kali ini adalah mengulas sedikit pengalaman saya mengendalikan bisnes butik offline selama lebih 10 tahun.



Google Images


Tajuk saya kali ini adalah Strategi Pengurusan dan Pemasaran Butik Offline.  Memulakan sesuatu perniagaan kita haruslah mengenal pasti pasarannya dahulu seperti:-


  • Pastikan pasaran mendapat sambutan yang baik.
  • Lokasi adalah salah satu yang harus diambil berat termasuk adakah tempat itu strategik atau disebaliknya.
  • Stor juga memainkan peranan yang penting seperti harus dihiasi agar lebih menarik
  • Pastikan fesyen pakaian sentiasa kosisten mengikut fesyen terkini.
  • Bagaimana nak membuat pengiklanan dan promosi yang inovatif.
  • Apa ganjaran yang diberikan kepada jurujual agar mereka lebih produktif dan bagaimana nak memenangi hati pelanggan.


Sesuatu keputusan dibuat dalam aspek pemasaran memainkan peranan penting dalam merancang atau menjalankan perniagaan serta harus mempunyai pengetahuan yang cukup dalam bidang yang kita terajui. Strategi pengurusan dan pemasaran didalam bisnes butik offline ini, haruslah mengambil tahu ciri-ciri aktiviti perniagaan untuk kepuasan, keperluan dan kehendak pengguna yang mana boleh membawa kepada keuntungan. Ini kerana perniagaan hari ini berorientasikan strategi pengurusan dan pemasaran didalam menjalankan perniagaan.  Selalunya pemasaran dikaitkan dengan bahan pengeluaran dan pengguna dianggap yang terpenting didalam sesuatu perniagaan. Dalam apa juga aspek perniagaan, kita haruslah tahu bagaimana nak membuat pengguna berasa puas hati dengan produk kita.

Didalam sesuatu perniagaan, pengurusan dan pemasaran serta kepuasan kepada pelanggan adalah satu-satunya kunci kepada kejayaan perniagaan kita.  Ini kerana pelanggan yang berpuas hati dengan layanan yang baik akan menceritakan kepada kawan-kawannya bahawa perniagaan yang kita jalankan merupakan peniaga yang baik dan ramah mesra.  Jadi untuk menjadikan perniagaan kita sentiasa mendapat tempat dihati pelanggan, maka kita seharuslah selalu mempunyai perancangan aktiviti perniagaan dengan mengambil kira asas keperluan pelanggan serta melaksanakan usaha pemasaran yang cukup mantap sesuai dengan pasaran sasaran dan memberi perhatian kepada untung dan juga pelanggan.

Hari pun dah malam dengan mata dah mengantuk,  in shaa allah kita sambung lagi entri tentang 'Strategi Pengurusan dan Pemasaran Butik Offline' untuk menceritakan pengalaman saya seterusnya.

Sunday 16 June 2013

16/6/2013 - Bersyukurlah Atas Segala Nikmat Allah SWT


Teks  :  Sarimah Deeply Adzrina
Foto  :  Google Images

Assalamualaikum w.b.t.

Dah seminggu ini saya berehat daripada menulis entri bukan kerana apa, tapi saya tak ada idea langsung nak tulis apa. Selepas solat Isyak ini tiba-tiba, terlintas di fikiran saya nak buat tajuk entri saya kali ini tentang 'Bersyukur Atas Segala Nikmat Allah SWT'.  Bersyukur merupakan rasa terima kasih kita atas segala nikmat kurniaan allah swt juga diistilakan memberi pujian yang memberikan kita sesuatu kenikmataan alam semulajadi.  Bersyukur atas segala nikmat allah swt merupakan satu terapi yang cukup baik terhadap tubuh badan kita dan kehidupan amnya.

Didalam kehidupan harian kita haruslah selalu mengucapkan syukur atas segala nikmat dan pekerjaan yang telah selesai kita jalani dengan baik atau apa juga pemberian seseorang kepada kita.  Bersyukur atas segala nikmat allah swt boleh diwujudkan dalam berbagai cara juga seperti melalui hati, lisan dan perbuatan.

Pentingnya kita selalu bersyukur walau apa juga keadaan kita termasuk semasa kita menjalankan perniagaan dengan pendapatan yang kita dapat pada hari itu walau sedikit atau banyak kita semua akan mengangkat kedua belah tangan tanda bersyukur dengan rezeki yang allah swt berikan pada hari itu. Samalah juga apabila kita mempunyai perancangan untuk melakukan sesuatu maka kita memang bertawakal kepada allah swt samada perancangan kita itu berjaya atau tidak maka itu dikira kita orang yang bersyukur. 




Google Images


Pengalaman saya menguruskan perniagaan butik offline selama beberapa tahun, memang banyak sekali dugaan dan cabaran yang saya hadapi.  Perniagaan butik offline tumbuh bagaikan cendawan setiap bulan mahupun setiap tahun.  Kita memang kena mencari identiti sendiri serta bijak merancang apa yang akan kita lakukan dalam jangka masa 2 atau 3 tahun.  Aliran fesyen selalu berubah-ubah dan persaingan juga hebat. Maka itu, apa juga yang kita lakukan setiap hari kita haruslah bersyukur atas segala nikmat yang allah swt berikan kepada kita, mudah-mudahan dengan selalu bersyukur, rezeki kita akan bertambah walaupun kadang-kadang pendapatan kita pada satu-satu bulan itu tidak menepati sasaran yang kita rancangkan. Adat didalam perniagaan ada pasang surut nya.  Jangan lah kita berputus asa, apabila didalam sesuatu perniagaan kadang-kadang kita menghadapi kegagalan. Itu semua adalah lumrah dalam kehidupan seseorang didalam bidang perniagaan.  Semua itu kita ambil sebagai satu ujian daripada allah swt dan jangan sama sekali berputus asa kerana kita merupakan orang yang tidak bersyukur.

Bersyukur dalam menjalankan perniagaan amatlah besar ganjarannya. Semoga kita semua yang menjalankan perniagaan butik offline mahupun butik online sama-samalah mengucap syukur atas segala nikmat yang allah swt berikan kepada kita semua.  In Shaa allah, rezeki menyebalahi kita semua.  Sekian dulu entri saya pada hari ini, semoga berjumpa lagi di entri yang lain.






Saturday 8 June 2013

Kemampuan Dalam Mengendalikan Bisnes Butik Offline


Teks  :  Sarimah Deeply Adzrina
Foto   :  Google Images
 

Semasa dibangku sekolah rendah lagi, cikgu akan selalu bertanya kepada anak muridnya, bila besar nanti anda bercita-cita nak jadi apa? maka pada saat itu semua anak-anak murid termasuk diri saya, akan memberitahu cita-cita kami bila besar. Cuma pada masa itu saya langsung tak tahu apa yang akan saya jadi bila besar nanti cuma saya nak jadi seorang guru kerana saya memang selalu diberi tugasan dalam kelas saya terutama waktu masa belajar 'matematik' untuk membersihkan papan hitam dimana guru matematik saya itu sememangnya guru yang hebat bagi saya. Cikgu matematik saya itu bernama cikgu salmah, dia seorang guru yang cukup saya dan murid-murid sekelas saya cukup teruja dengannya.  Setiap hari cikgu salmah akan mengenakan baju kurung yang memang kena dengan orangnya.  Pertuturan nya cukup lemah lembut tapi bersikap tegas, mudah memahami cara beliau mengajar kami dalam kelas. Saya jadikan cikgu salmah sebagai idola saya.  Tiap-tiap hari cikgu salmah akan mengenakan baju kurung yang berbeza-beza dengan warna yang cukup menarik perhatian saya.  Dalam hati saya berkata, dapat ke saya nak mengenakan baju kurung macam cikgu salmah bila saya dah besar nanti?

Aliran masa dan zaman berubah, apabila kami masing-masing meninggalkan sekolah selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) untuk meneruskan pengajian ke bidang masing-masing.  Minat untuk menjadi cikgu terkubur begitu sahaja setelah satu mengambil keputusan untuk berkerja dengan kerajaan.  Lagipun pada masa itu, bukan kita yang mencari kerja akan tetapi kerja mencari kita.  Itu satu keistimewaan pada era zaman saya.  Saya mendapat pekerjaan di sebuah pejabat kerajaan dan disini jugalah saya mengambil peluang untuk merealisasikan impian untuk memakai baju kurung seperti cikgu kesayangan saya iaitu cikgu salmah.  Kalau sekiranya cikgu salmah terbaca blog saya ini, tentu cikgu akan mentertawakan saya [teringat zaman sekolah saya yang cukup riang ria selalu].



Google Images


Berjinak-jinak dengan menjual kain batik [pada masa itu kain batik samada daripada Negeri  Kelantan mahupun Negeri Terangganu] memang bagaikan goreng pisang panas dengan harga pada masa itu sehelai mencacah RM600 ke RM800 sepasang tetapi kawan-kawan sepejabat tetap akan membelinya.  Maka disini lah timbulnya minat untuk berniaga dan pada masa itu, yang saya tahu menjual barang dan dapat duit.  Tentang promosi dan pemasaran bisnes memang saya zero. Tetapi saya ini memang orang yang suka cabaran dalam kehidupan. Boleh dikatakan keseluruhannya zero kecuali selepas saya mengikuti kursus fesyen baru saya faham sedikit-sedikit tentang apa itu perniagaan.

Apabila kita tidak cukup faham selok- belok perniagaan, memang kita ini akan ikut apa saja idea orang bagi kepada kita suruh buat ini dan itu tanpa kita ini memikirkan apa kah idea yang akan kita lakukan itu membuahkan hasil yang lumayan atau disebaliknya. Didalam dunia perniagaan ini, kita kena banyak membaca artikel atau mencari bahan-bahan yang terbaru tentang fesyen, warna dan stail. Sentiasa peka dengan aliran fesyen masa terkini. Selama beberapa tahun saya berkecimpung didalam bidang perniagaaan butik offline, berbagai-bagai dugaan dan cabaran yang memang menguji tahap kesabaran saya.  Kadang-kadang bila dah banyak sangat dugaan yang datang, sistem dalam tubuh badan kita akan menjadi lemah dan hilang fokus maka akibatnya perniagaan kita akan jadi hilang arah.  

Sebab itu, saya saraankan sebelum anda hendak menceburkan diri didalam apa juga bidang perniagaan, anda haruslah membuat penyelidikan serta mempersiapkan diri, banyak mengumpul informasi serta ikuti lah kelas-kelas yang menganjurkan seminar tentang membuka perniagaan buat pertama kali dan sebagainya.  Didalam perniagaan ini juga, semuanya bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana kita nak menjadikan perniagaan kita itu satu realiti dan dalam masa yang sama berjaya menjalankan nya. Ingatlah sejauh manapun kita berjaya dalam sesuatu perniagaan, memang kita akan melalui satu fasa yang membolehkan kita terus kuat dan yakin kita boleh mengusahakan perniagaan kita dengan lebih baik walaupun bermacam-macam dugaan dan cabaran yang bakal datang.  Pepatah melayu "Sediakan payung sebelum hujan".

Hari pun dah semakin lewat malam, saya harus dapatkan tidur yang cukup kerana esok pagi kalau diizinkan oleh allah s.w.t untuk terus menikmati alam semulajadi ciptaan nya, saya akan menyiapkan tugasan saya seterusnya.  Assalamulaikum w.b.t

Thursday 6 June 2013

6/6/2013 - Pelanggan Harus Diberi Keutamaan

Teks:  Sarimah Deeply Adzrina


Selepas bangun dan mengerjakan solat subuh pagi tadi rasanya malas betul hari ini.  Rasa nak tidur semula selepas mengerjakan solat subuh, akan tetapi saya gagahi juga untuk tidak tidur semula.  Ingatkan selepas segala tugasan dirumah, saya nak menulis entri untuk blog saya tapi entah kenapa, tiba-tiba sahaja idea tidak ada langsung dalam kotak fikiran. Sehingga jam dah 12.30 tengahari masih belum dapat mencari tajuk entri blog yang sesuai.  Jadi akhirnya saya memang tidak ada membuat apa-apa penulisan entri daripada pagi tadi.  Tepat jam 2.30 petang nanti, saya ada temujanji dengan pelanggan.

Selepas bertemu dan berbincang dengan pelanggan saya pada tengahari tadi, kira-kira jam 4.00 petang, kami pun berpecah dan membawa haluan masing-masing.  Saya melihat jam ditangan baru jam 4.15 petang, jadi saya menuju ke pusat membeli belah yang berdekatan dengan tempat temujanji kami tadi untuk melihat perkembangan terkini.  Disebabkan cuaca diluar tadi agak panas, apabila dah masuk kedalam pusat membeli belah dengan hawa dingin yang sejuk, terasa lega seluruh badan.  Alang ke terkejutnya saya, baru kira-kira 3 bulan yang lalu saya tidak mengunjungi pusat membeli belah tersebut, perubahan dah banyak berlaku. Butik tumbuh bagaikan cendawan dan boleh dikatakan keseluruhan tingkat bawah itu adalah butik yang menjual pakaian yang hampir sama.  Terdetik dalam hati bagaimana agaknya empunya tuan butik tersebut boleh bertahan? atau mungkin mereka mempunyai saluran yang lain? tambahan pula, saya tengok pekerja-pekerja hampir kesemua mereka duduk bersembang sesama sendiri tanpa melakukan sesuatu kerja.



Googles Image


Tiba-tiba terdetik nak masuk ke sebuah butik yang dihiasi dengan rekaan baju yang cantik dan kena dengan warna. Apabila saya memasuki butik tersebut, terpandang dua orang pekerja yang seorang sedang bercakap telefon dan seorang lagi sibuk membelik-belik handsetnya tanpa memperdulikan saya.  Saya pun membelik-belik baju yang tergantung di rak, pekerja dua orang itu langsung tidak mengendakan saya yang sudah pun berada didalam butik tersebut.  Saya berminat melihat satu pasang baju yang tergantung kat rak, dengan potongan dan warna baju yang memang saya minati dan berhasrat untuk membelinya.  Saya mengambil baju tersebut dan membawa ke kaunter untuk bertanya berapa harganya disebabkan memang tak diletakkan harga. Salah seorang pekerja itu memberitahu kepada saya bahawa baju itu mahal kak, saya bertanya lagi berapa dik? RM499.00 kak, jadi saya minta keizinan untuk mencuba baju itu, lalu pekerja itu menunjukkan 'fitting room' dengan hanya menggunakan memek mulutnya menunjuk arah 'fitting room' tersebut.  Saya pun terus ke bilik 'fitting room' untuk mencuba baju tersebut.  Hati kecil saya berkata, kesihan tuan empunya butik itu kerana mempunyai kakitangan yang tidak bertanggungjawab sepenuhnya kepada pelanggan mereka. Baju itu memang sesuai dengan tubuh badan saya lalu saya membelinya.  Bila dah membuat pembayaran baru saya tengok kedua-dua pekerja itu  ceria. Jadi andaian saya, mungkin pekerja itu berfikiran bahawa saya tak akan membeli pakaian tersebut atas alasan fikiran mereka.  Jadi bila dinilai, tuan empunya butik itu seharusnya selalu berada dibutik nya agar semuanya berjalan dengan.  Mungkin juga pekerja-pekerjanya masih tidak faham etika berkerja.

Saya pun terus beredar dari dalam butik tersebut dan hati berkata, kalau ada 10 orang pelanggan yang masuk ke butik tersebut pada hari yang sama dan pekerja itu bersikap sedemikian tentu tuan empunya butik itu menanggung kerugian besar.  Pelanggan juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan, sejajar dengan kata pepatah 'customer is always right'.

Itulah pengalaman yang saya alami, walau cantik manapun butik dan hiasan dalam butik tersebut tetapi mempunyai pekerja sedemikian, semuanya akan jadi tak cantik dan sia-sia sahaja.  Butik pakaian ini seharusnya dihiasi dengan pekerja-pekerja yang sentiasa memberikan senyuman yang manis dan berwatakan sopan terhadap pelanggannya.


Monday 3 June 2013

3/6/2013- Cabaran dan Kehidupan Dalam Perniagaan


Teks  :  Sarimah Deeply Adzrina 
Gambar  :  Google Image



Dalam memulakan sesuatu perniagaan, kita tidak akan dapat lari daripada macam-macam cabaran  dan kehidupan dalam perniagaan.  Saya percaya setiap insan didunia ini akan diuji oleh allah swt dalam apa jua bentuk cabaran. Harus tahu mengendalikan bagaimana kita nak mengatasi apabila berhadapan situasi seperti ini.

Semua orang mempunyai cita-cita yang tinggi untuk maju dalam sesuatu perniagaan tidak kira apa bentuk perniagaan pun.  Sebab itu setiap orang yang mengendalikan perniagaan haruslah memberi tumpuan khusus terhadap bisnes yang dikendalikan.  Setiap hari harus rajin memikirkan strategi pemasaran mahupun promosi yang bagaimana harus dilakukan agar pelanggan/orang diluar sana tahu akan produk yang kita niagakan itu sememangnya baik.


Google pictures


Persoalan demi persoalan akan bermain dikepala kita bagaimana untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya?  Sebagai seorang muslim kita haruslah berdoa dan terus berdoa kepada allah swt agar dipermudahkan segala urusan pekerjaan, serta dimurahkan rezeki setiap kali kita mengerjakan solat 5 waktu.  Tidak dengan itu sahaja, kita harus rajin mengerjakan solat sunat dhuha, bersedekah dan melakukan amalan yang baik-baik, disamping kita berusaha untuk meningkatkan lagi perniagaan kita kepada yang lebih baik, segalanya dengan izin allah swt.

Kejayaan seseorang dalam kehidupan dan perniagaannya adalah kerana ia memang mempunyai keinginan yang kuat untuk berjaya. Sanggup menghadapi apa juga dugaan, cabaran dan rintangan untuk menujuk ke puncak kejayaan. Dan tidak kurang juga yang gagal didalam perniagaan kerana tidak sanggup menghadapi cabaran dan rintangan yang datang serta tidak mendapat sokongan daripada kawan-kawan mahupun keluarga masing-masing.

Dalam soal cabaran dan kehidupan perniagaan ini, kita tidak boleh campur adukkan hal peribadi dengan hal perniagaan.  Cabaran sentiasa datang dikala kita berusaha untuk meningkatkan perniagaan kita.  Tolak tepi semua soal peribadi apabila kita sedang berhadapan dengan masalah perniagaan dan cuba sedaya upaya mencari jalan untuk menyelesaikan masalah perniagaan dahulu. Biasanya kegagalan perniagaan juga berpuncanya daripada ketidak sanggupan kita untuk berhadapan dengan cabaran yang melanda diri kita. Maka hilanglah fokus kita kepada perniagaan yang selama ini kita usahakan.

Biasanya orang yang berjaya didalam cabaran mahupun kehidupan perniagaan nya adalah orang yang sentiasa mencari jalan dan berusaha untuk maju dengan kesungguhan yang kuat serta semangat yang tidak mudah patah.  Samalah perumpamaan ini, kalau kita hendak membuat sepasang baju, harus tahu mengukur badan seseorang terlebih dahulu serta membuat pola baju dan kemudian baru lah baju dapat dihasilkan.  Marilah berusaha dengan lebih yakin bahawa kejayaan bukan semudah yang kita fikirkan malah sahutlah  cabaran dan kehidupan dalam perniagaan dengan berlapang dada. Allahualam



 

Pengurusan Panduan Butik Offline


Teks  :  Sarimah Deeply Adzrina
Gambar:  Koleksi Peribadi


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Hari ini saya ingin menulis didalam entri saya mengenai perniagaan butik offline. Serba sedikit saya nak berkongsi juga pengalaman saya selama lebih daripada 10 tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan butik offline. Berniagaan seumpama ini memerlukan kita mengeluarkan banyak perbelanjaaan untuk menjayakan agar perniagaan ini berjaya dilaksanakan.  Disini saya ingin berkongsi apa yang harus anda lakukan sebelum memulakan sesuatu perniagaan offline:-



Sarimah Adzrina Boutique

Sebelum kita memulakan sebuah perniagaan butik offline, kita haruslah membuat penyelidikan terlebih dahulu tentang saingan yang bakal kita hadapi kelak, tentang produk perniagaan apa yang akan kita niagakan, kerana ini  juga memerlukan kepakaran dan kemahiran yang cukup baik.
 
Sebelum memulakan perniagaan butik offline, kita juga harus bersedia menghadapi apa juga cabaran yang akan datang.  Ini disebabkan apabila perniagaan butik offline ini dah beroperasi, sedikit sebanyak kita akan menghadapi bermacam-macam masalah yang akan timbul.  Kita ini sebagai insan biasa, kadang-kadang tidak akan lari daripada menghadapi semua ini. 
 
Mencari lokasi serta kedai untuk nak memulakan perniagaan amat penting sekali. Ini kerana apa juga perniagaan yang akan kita lakukan, lokasi ada yang terpenting sekali. Lokasi hendaklah ditempat yang mudah bagi pelanggan mahupun orang awam dapat datang mahupun melihat produk yang sedang kita niagakan.  

Menyediakan kewangan untuk kegunaan pembayaran kos sewa kedai, pengubahsuaian kedai serta  gaji pekerja serta bil-bil untuk letrik, air dan sebagainya untuk selama 1 tahun.  Ini dikuatiri apabila kita memulakan sesuatu perniagaan butik offline, bukan pelanggan datang serta merta. Pengurusan kewangan yang baik boleh membantu kita untuk menyelesaikan banyak masalah,  sekiranya perniagaaan yang kita bina itu belum dikenali lagi. Sebab itu kita haruskan banyak membuat promosi seperti melalui radio, televisyen serta pemphlet untuk diedarkan kepada semua bakal pelanggan kita,  dimana semua ini memerlukan banyak kewangan dan ketelitian yang baik.

Menyediakan stor untuk menyimpan produk yang baru serta semua harus direkodkan keluar masuk barang-barang produk tersebut. Juga menyediakan fail khas untuk menyimpan semua resit-resit serta surat menyurat mengenai pemgubahsuaian kedai, jual beli produk serta semua resit-resit berkaitan dengan perniagaan yang kita jalankan untuk memudahkan kita membuat rujukan sekiranya ada yang tersalah pandang.

Mencari pekerja juga harus bijak dan pastikan mereka mahir dalam bidang yang kita niagakan, kerana tanpa kemahiran atau minat, boleh menjejaskan perniagaan kita juga.  Pekerja juga harus jujur dan amanah kepada majikan serta dengan pekerja-pekerja yang lain juga sering bantu membantu.
 
Membuat perniagaan offline ini banyak masa kita terikat kepada perniagaan kita.  Ini kerana perniagaan ini beroperasi selama 7 hari bekerja  Ini adalah disebabkan kita terpaksa membuka perniagaan kita ini selama 7 hari bekerja. Apa lagi kalau lokasi kedai kita itu di dalam 'shopping mall' diwajibkan untuk tidak menutup sama sekali premis tersebut sehingga shopping mall tersebut ditutup.  Kalau kira melanggar peraturan yang telah ditetap didalam surat perjanjian sewaan kedai tersebut, kita akan dikenakan denda mengikut kiraan jam.  Biasa nya shopping mall beroperasi daripada jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari.  Perniagaan offline ini memerlukan perhatian yang cukup teliti.

Oleh kerana itu, setelah sekian lama saya menjalankan perniagaan butik offline dan merasakan banyak masa dihabiskan di premis tersebut, jadi saya mengambil keputusan untuk membuat perniagaan saya sekarang ini daripada rumah sahaja melalui perniagaan butik online.  Ini kerana saya ada banyak masa untuk diri sendiri serta keluarga juga banyak menyimatkan wang.  Ini pendapat saya tentang perbezaan perniagaan butik offline dengan butik online.
 




Friday 31 May 2013

Mencapai Kejayaan Dalam Perniagaan


 Teks:  Sarimah Deeply Adzrina


Untuk menceburi didalam bidang perniagaan adalah sesuatu risiko yang paling besar demi untuk mendapatkan pelbagai faktor dan elemen yang mempengaruhi didalam kejayaan sesuatu perniagaan. Dengan keadaan dunia perniagaan yang sentiasa berubah-berubah, harus peka dan mengikuti perkembangan pendekatan perniagaan agar tidak ketinggalan dan sedia bersaing dengan cara sihat. Dalam dunia perniagaan kita haruslah bijak meramal apa yang akan berlaku nanti.  Apapun perniagaan yang akan kita jalankan, perlu ada realistik juga faktor yang relevan.


 
Googles Images





Sentiasa Ada Sasaran dan Strategi Yang Baru

Dalam apa juga perniagaan yang akan kita jalankan perlu ada sasaran mahupun strategi yang baru dalam satu jangka atau masa yang sesuai, informasi baru tentang produk serta servis yang cepat.  Ini adalah kerana pelanggan sekarang ini semakin bijak untuk menilai sesuatu yang mereka kehendakkan.  Jangan hanya bergantung kepada pengalaman yang kita sedia ada akan tetapi harus berani mencuba sesuatu yang baru serta kreatif dan inovatif. 

Sentiasa Meningkatkan Tahap Kerjaya

Sentiasa lah meningkatkan tahap kerjaya atau sasaran kerja pada setiap masa untuk menentukan pencapaian yang baik dan berkualiti.  Sesuatu perubahan juga harus dikongsi bersama dengan kakitangan dalam sesuatu syarikat, agar dapat memupuk sesuatu warga kerja yang berkualiti dan inovatif.  Pastikan syarikat dilengkapi dengan maklumat terkini secara konsisten kepada pelanggan agar sentiasa memenuhi keperluan pelanggan.  Harus juga mengambil tahu tentang kegunaan produk serta perkhidmatan yang syarikat anda berikan agar dapat memenuhi cita rasa pelanggan.  Mempermudahkan dan memperrcepatkan pelanggan adalah perkhidmatan yang terbaik.

Saya suka dengan kata-kata ini yang saya petik daripada buku ' tip menawan hati pelanggan' yang berkata, KEIKHLASAN, KESUNGGUHAN dan KEBAJIKSANAAN perlu ada sentiasa memastikan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

Sambil-sambil saya berkongsi pengetahuan tentang mencapai kejayaan dalam perniagaan, saya juga ada tugasan yang harus diselesaikan iaitu menyiapkan tempahan baju kurung untuk pelanggan saya yang dah bertahun-tahun menjadikan saya tempat mereka sekeluarga menempah pakaian untuk semua perayaan.




Sunday 26 May 2013

Kelebihan Butik Online


Teks:  Sarimah Deeply Adzrina


Koleksi Peribadi

Koleksi Peribadi


Apa Kelebihan Butik Online

Sebenarnya saya agak kebingungan hari ini apa yang harus saya tulis untuk entri saya hari ini. Daripada pagi tadi selepas sarapan, masih belum mendapat idea untuk tajuk entri saya.  Selepas solat zuhur, tiba-tiba terfikir kenapa tidak memberi tajuk entri saya kali ini tentang kelebihan butik online sesuai dengan blog dan perniagaan yang sedang saya jalankan sekarang ini.

Mungkin anda berfikir, apakah dengan berniaga butik online itu boleh menguntungkan?  Sebenarnya berniaga butik online itu memang menguntungkan sekiranya anda tahu cara dan jalan yang betul.
Disini saya ingin berkongsi tip-tip yang harus anda tahu sebelum membuat bisnes butik online:-

1) Harus Menanam Satu Motivasi Di Minda
Motivasikan dahulu  diri anda seolah-olah anda mendaki sebuah gunung yang memang susah untuk di daki dan harus mengharungi liku-liku yang amat payah.  Jadi memang susah bukan? kerana dengan cara ini, anda boleh melakukan hal-hal yang orang lain anggap mustahil tetapi untuk anda capai  adalah mudah. Apalagi kalau cuma bisnes butik online yang sama sekali bukan hal mustahil anda boleh lakukan.

2) Cara Anda Berfikir
Banyak anggapan orang diluar sana menganggap berniaga bisnes butik online adalah cepat untuk mendapat wang. Itu adalah satu-satu pendapat yang salah dan tidak mendatangkan hasil kalau tidak disusuli dengan kesungguhan. Perniagaan bisnes butik online memerlukan banyak idea-idea yang boleh anda fikirkan, agar anda tahu bagaimana nak mempromosikan produk anda juga memerlukan kepakaran yang banyak menggunakan otak untuk berfikir.  Sama juga cara bisnes butik offline, kena berkerja keras dan bukannya berkerja sehari esok nya kita dah mendapat banyak wang. Pemikinan sedemikian harus dibuang jauh-jauh kerana anda harus mempunyai kesabaran yang cukup kuat.

3) Harus Fokus Pada Perniagaan

Untuk berjaya dalam sesuatu perniagaan bisnes butik online harus mempunyai kesungguhan dan fokus yang konsisten. Tidak ada sesuatu perniagaan dibuat segalanya dalam satu masa.  Jika anda ingin memulakan suatu bisnes butik online, haruslah menfokuskan pada hanya satu bidang dahulu sebelum memulakan yang lain.  Ini kerana bila terlalu banyak perniagaan yang  nak dibuat dalam satu masa,  maka tumpuan akhirnya menjadi  kelam kabut.

Jangan merasa takut untuk terus maju.  Kesungguhan dan ketabahan melaksanakan sesuatu in shaa allah, akan berjaya juga akhirnya.  Yang penting harus memberi fokus yang serius. 



Friday 24 May 2013

Jumaat [25/5/2013] - Sambal Udang Kering


Teks  :  Sarimah Deeply Adzrina


Hari ini saya ingin berkongsi resepi Sambal Udang Kering.  Masakan yang paling senang dan mudah juga makanan kegemaran kami sekeluarga.

Jika dimakan dengan nasi panas atau roti memang sesuai sekali.



Bahan-Bahannya:-
 
 

1 Paket sederhana Udang Kering ] di rendam dan ditumbuh jangan terlalu hancur

10 Ulas Bawang Putih ] ditumbuh 

5 Biji Bawang Merah yg sederhana besarnya ]ditumbuh

2 Biji Bawang Besar (bawang holland) ] dihiris bulat-bulat

2 Inci Halia ] ditumbuk 

2 Cubit asam jawa [boleh juga menggunakan asam keping 2 keping]

4  Sudu besar [sudu lauk] cili kering [elok guna cili kering yang digiling sendiri]

Garam

Gula [agak-agak ada rasa manis-manis sedikit disebabkan kita meletakkan air asam jawa atau asam keping]

Minyak Masak [ biar lebih sikit supaya nanti sambal udang itu tak kering sangat ] 




Koleksi Peribadi



Cara-Cara Membuatnya:-


  1. Panaskan minyak masak kedalam kuali.
  2. Masukkan bawang putih, bawang merah, bawang besar (holland) yang dihiris tadi serta halia sambil kacau perlahan-lahan sehingga bau wangi bawang itu naik dan kekuning-kuningan.
  3. Masukkan cili kering tadi dan kacau perlahan-lahan serta kecilkan api agar cili dan bahan-bahan tadi tidak hangus.
  4. Bubuh air asam jawa atau asam keping itu dan biarkan kan sehingga cili kering itu betul-betul masak.
  5. Bubuh garam dan gula secukup rasa
  6. Apabila cili kering tersebut dah betul-betul masak, baru lah masukkan udang kering yang telah ditumbuk tadi dan kacau sehingga betul-betul sebati dengan udang kering tersebut.  Kalau sekiranya terlalu kering, bubuh sedikit air dan biarkan sehingga udang kering itu masak dan minyak nya naik.
  7. Sambal udang kering ini tak boleh terlalu kering mesti biarkan ada minyak timbul agar sambal udang tersebut elok.
  8. pastikan secukup rasa dan sekiranya anda memang suka bubuh aji no moto dibolehkan.  Ikut cita rasa masing-masing





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...