Monday 1 April 2013

Selasa[2/4/2013] Pengalaman Untuk Mengembirakan Hati Yang Terluka, Sedih, Kecewa dan Marah

Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Foto: Google

Bismillahirrahmannirrahim dan Assalamualaikum buat semua,

Saya rasa semua orang didunia ini mempunyai perasaan seperti tajuk diatas.  Cuma cara  nak menyelesaikan adalah berbeza dan banyak cara masing-masing.  Keberkesanan nya terpulang kepada kefahaman mental, emosi dan kesabaran kita.

Google Image


Menangis adalah cara terbaik untuk  menyembuhkan kembali hati yang sedang terluka, sedih, kecewa dan marah.  Apabila hati lapang, barulah  kembali fokus untuk menghadapi segala masalah.  Selain itu, dengan cara melupakan perkara-perkara yang melukakan hati kita sakit, juga dapat mengubati hati serta melapangkan minda.  Mengingati perkara yang menyakitkan hati boleh membuatkan diri kita hilang fokus kepada keseluruhannya.

Seperti yang sedia kita maklum, melupakan bukanlah perkara yang mudah, hanya sabar dan ikhlas sahaja yang dapat memadamkan perasaan-perasaan yang kurang menyenangkan.  Saya sering memingatkan diri sendiri, bahawa 'saya seorang yang kuat dan mampu menghadapi semua ini' dengan berpegang kuat kepada azam untuk terus fokus kepada keluarga, kerjaya, rakan-rakan serta masa depan saya sendiri.

Yang paling penting, sentiasa disiplin serta melaksanakan sesuatu perkara dengan konsisten.  Juga jangan lupa pada tanggungjawab kita kepada Allah s.w.t, solat 5 waktu jangan sesekali diabaikan berserta dengan doa-doa semoga kita diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam menghadapi segala dugaan serta bersyukur serta redha dengan apa yang telah ditetapkan untuk kita.  Senyuman serta memaafkan kesalahan orang lain kepada kita juga dapat memberi ketenangan serta minda menjadi lapang.

Kata-kata indah yang dipetik daripada buku Jangan Bersedih (La-Tahzan) "Semangat dan azam untuk hidup hari ini tanpa KESEDIHAN, tanpa KERESAHAN, tanpa KEMARAHAN, tanpa KEDENGKIAN, dan tanpa KEBENCIAN.

Tekad untuk menjadikan hari-hari kita yang terbaik, sebaik yang mungkin dari hari sebelumnya....insyallah semoga kehidupan kita akan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...