Wednesday, 24 April 2013

Serba Sedikit Tentang Apa Itu Butik Online



Teks: Sarimah Deeply Adzrina
Image: Pinterest & Koleksi Peribadi

Jika kita minat dan mempunyai keghairahan dalam fesyen dan tekstil. Mulakan minat dan keghairahan ini dengan membuka butik secara online, ini boleh menjadi perniagaan yang sempurna buat kita. Tidak seperti butik offline, kos untuk memulakan butik secara online adalah jauh lebih rendah. Tidak perlu untuk kita mencari lokasi, menyewa atau membeli bangunan dan tidak juga perlu mengupah pekerja. Jika kita mengambil stok secara ‘dropship’ bermakna kita tidak perlu menyimpan stok atau inventori. Dengan hanya beberapa langkah, pengetahuan fesyen dan rangkaian perniagaan tertentu kita sudah boleh membuka butik secara ‘online’ atau dalam talian.


Pinterest Image


Apa jenis pasaran yang kita inginkan?
  
 Kita juga perlu tahu sasaran pelanggan. Adakah kita nak menjual pakaian untuk ibu-ibu  yang  mengandung? Jika ya,  harus memastikan kita memberikan apa yang mereka mahukan dan trend terkini atau akan datang. Pakaian untuk ibu mengandung adalah berbeza sama sekali dengan remaja di luar sana. Kita perlu tentukan sendiri apakah pasaran sasaran yang menarik minat kita atau apa sebenarnya yang sangat diperlukan oleh pasaran masa kini.

Mencari sumber pembekal pakaian serta harus kita ada menyimpan stok untuk saiz-saiz yang berbeza-beza juga kita perlu mencari pembekal yang boleh memberikan saiz yang pelbagai. Kualiti kain dan jahitan perlu diambil perhatian.  Sekiranya nak buat rekaan sendiri, penting mengikuti perkembangan fesyen terkini setiap masa agar kita tidak ketinggal dengan rekaan-rekaan yang terbaru.  Sekiranya untuk rekaan kita sendiri, kita harus membuat lakaran fesyen apa yang hendak direka, juga perlu mengetahui fabrik dan warna yang bersesuaian dengan rekaan yang hendak dihasilkan itu. Harus mempunyai tukang jahit yang boleh menjahit dengan kemas dan menawarkan harga yang berpatutan untuk setiap rekaan yang kita hasilkan.  Tukang jahit adalah orang yang memegang tanggunjawab yang besar didalam perniagaan yang kita usahakan.




Koleksi Peribadi


 Perlu juga mengetahui sumber pembekal kita dengan lebih jelas agar semua jadual mahupun rancangan dapat berjalan dengan lancar. Dalam hal ini kita perlu membuat penyelidikan dengan lebih teliti, begitu juga jika kita ingin menjalankan perniagaan ini secara ‘dropship’. Perlu untuk kita memastikan ‘dropshipper’ mempunyai reputasi yang baik untuk membekal pesanan dengan segera dan memberi pakaian yang berkualiti tinggi. Kita boleh mencuba buat pesanan sampel untuk melihat sama ada mereka boleh memenuhi kehendak kita atau sebaliknya.


Harus Menyimpan stok  dengan cara yang betul agar stok tidak rosak terutamanya yang telah siap dijahit. Perlu disimpan di tempat yang sejuk, kering, jauh dari haiwan, kanak-kanak, asap dan kelembapan. Stok kita adalah kejayaan masa depan kita dan harusslah dijaga seperti kita menjaga barang kemas kita. Pertimbangkan untuk mendapatkan gudang atau insurans stok adalah sebagai langkah keselamatan jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka.

Membina sebuah laman web dan kita perlu membeli domain dan hosting untuk laman web kita. Kebanyakan syarikat hosting kini menawarkan pakej untuk mengkonfigurasi laman web kita atau kedai online kita. Kita juga perlu mempunyai merchant akaun untuk dapat membolehkan pelanggan membuat pembayaran secara kad kredit melalui laman web kita. Ambil gambar semua stok atau inventori pakaian untuk dimuatnaik ke kedai online kita dan selesaikan semua sebelum dipaparkan kepada umum.

Melakukan pengiklanan yang berkesan dengan cara melawat iklan-iklan online ke pasaran utama dan sasaran pelanggan kita. Gunakan perkhidmatan media sosial seperti Facebook dan Twitter. Google Adword, iklan pay per klik juga cara yang baik untuk mempromosi dan boleh menjadi kos efektif untuk permulaan kerana kita hanya membayar apabila bakal pelanggan klik iklan kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...