Showing posts with label Perkhidmatan Pelanggan. Show all posts
Showing posts with label Perkhidmatan Pelanggan. Show all posts

Wednesday, 3 July 2013

3/7/2013 - Pelanggan dan Perkhidmatan

Teks : Sarimah Deeply Adzrina
Foto :  Google Images


Seperti biasa apabila tiba bab nak menulis entri ini, saya akan selalu kehilangan idea.  Walaupun sebelum mengadap komputer, didalam fikiran ini rasanya banyak idea yang nak ditulis.  Seperti biasa dah buka komputer, tiba-tiba idea satu persatu hilang dalam fikiran dan langsung hilang fokus. Mungkin saya ini bukan orang yang menetapkan disiplin diri.  Kebiasaan nya, saya akan buat sesuatu kerja dahulu dan secara tidak langsung kotak fikiran mula datang idea-idea sedikit demi sedikit.  Begini lah cara saya mengembalikan keinginan untuk menulis entri.  Kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit pengetahuan tentang pelanggan dan perkhidmatan.

Google Images

Setiap seseorang yang ingin membuat sesebuah perniagaan, haruslah membuat kajian terlebih dahulu tentang siapa ke pelanggan kita dan apakah perkhidmatan yang akan kita berikan kepada pelanggan nanti.  Melalui pengalaman yang saya lalui sebelum ini, memang agak kelam kabut sikit kerana kurang faham selok belok tentang perniagaan. Terlalu banyak dugaan yang dihadapi disebabkan kekurangan pengetahuan tentang perniagaan.  Disini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang telah saya lalui sebelum ini.  Antaranya:-


PELANGGAN

  • Pelanggan adalah aset yang paling penting dalam sesuatu perniagaan yang kita bina.  Tanpa pelanggan umpama perniagaan kita itu tak berpenghuni, insan yang memberi peluang kepada kita untuk kita memberi perkhidmatan kepada mereka.
  • Pelanggan juga tidak bergantung harap kepada kita akan tetapi kita yang bergantung harap kepada mereka serta mereka adalah yang memerlukan perkhidmatan dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah daripada kita.
  • Pelanggan juga adalah seorang insan yang wujud secara fizikal, punya perasaan dan emosi tersendiri.  Juga mempunyai pendapat yang berbeza-beza serta pertimbangan lain.
  • Pelanggan adalah insan yang membawa permintaan dan kemahuannya kepada kita.  Menjadi tanggungjawab kita memenuhi permintaan dan kemahuan yang boleh membawa keuntungan kepada perniagaan kita. 

PERKHIDMATAN 
 
  • Terdapat beberapa ciri perkhidmatan yang perlu kita ketahui sebelum kita betul-betul merangka strategi yang terbaik dalam melayan karenah pelanggan samada kita menjual barangan ataupun memberikan perkhidmatan.
  • Perkhidmatan sesuatu yang perlu dihayati kerana ia akan memberi kesan secara tidak langsung kepada pelanggan.
  • Perkidmatan adalah sesuatu yang tidak dapat disentuh atau dilihat dengan mata kasar kerana ianya dapat dilihat dirasai dengan perasaan. Tidak kiralah apa juga perkhidmatan seperti kedai jahit, restoran dan sebagainya, kalau digabungkan produk dan perkhidmatan, secara amnya pelanggan mempunyai pandangan berbeza mengenai perkhidmatan yang diberi. Misalnya kedai jahit dan kedai pakaian walaupun kain atau fesyen nya sama akan tetapi apabila kita bercerita atau menerangkan kepada pelanggan, ini adalah salah satu cabaran besar demi untuk memuaskan hati pelanggan. Ini lah yang dinamakan perkhidmatan yang berbeza-beza.
  • Apapun perniagaan, pelanggan dan perkhidmatan adalah yang memainkan peranan penting didalam sesuatu perniagaan yang akan kita usahakan.  Samalah perniagaan butik offline, pelanggan memang selalu nak yang terbaik tentang perkhidmatan yang diberikan oleh setiap perniagaan butik offline.
  • Tak lama lagi bulan ramadhan yang mulia akan menjelang tiba.  Seperti kebiasaan setiap tahun menerima tempahan untuk pakaian hari raya aidilfitri sudah ditutup pada saat ini. Sambil-sambil buat entri ini, tangan saya juga berjalan untuk menyiapkan busana untuk pelanggan tetap saya untuk mereka mengenakan di hari raya aidilfitri nanti.  Sekian dulu entri saya buat kali ini, sehingga berjumpa di entri yang akan datang nanti.





Thursday, 6 June 2013

6/6/2013 - Pelanggan Harus Diberi Keutamaan

Teks:  Sarimah Deeply Adzrina


Selepas bangun dan mengerjakan solat subuh pagi tadi rasanya malas betul hari ini.  Rasa nak tidur semula selepas mengerjakan solat subuh, akan tetapi saya gagahi juga untuk tidak tidur semula.  Ingatkan selepas segala tugasan dirumah, saya nak menulis entri untuk blog saya tapi entah kenapa, tiba-tiba sahaja idea tidak ada langsung dalam kotak fikiran. Sehingga jam dah 12.30 tengahari masih belum dapat mencari tajuk entri blog yang sesuai.  Jadi akhirnya saya memang tidak ada membuat apa-apa penulisan entri daripada pagi tadi.  Tepat jam 2.30 petang nanti, saya ada temujanji dengan pelanggan.

Selepas bertemu dan berbincang dengan pelanggan saya pada tengahari tadi, kira-kira jam 4.00 petang, kami pun berpecah dan membawa haluan masing-masing.  Saya melihat jam ditangan baru jam 4.15 petang, jadi saya menuju ke pusat membeli belah yang berdekatan dengan tempat temujanji kami tadi untuk melihat perkembangan terkini.  Disebabkan cuaca diluar tadi agak panas, apabila dah masuk kedalam pusat membeli belah dengan hawa dingin yang sejuk, terasa lega seluruh badan.  Alang ke terkejutnya saya, baru kira-kira 3 bulan yang lalu saya tidak mengunjungi pusat membeli belah tersebut, perubahan dah banyak berlaku. Butik tumbuh bagaikan cendawan dan boleh dikatakan keseluruhan tingkat bawah itu adalah butik yang menjual pakaian yang hampir sama.  Terdetik dalam hati bagaimana agaknya empunya tuan butik tersebut boleh bertahan? atau mungkin mereka mempunyai saluran yang lain? tambahan pula, saya tengok pekerja-pekerja hampir kesemua mereka duduk bersembang sesama sendiri tanpa melakukan sesuatu kerja.



Googles Image


Tiba-tiba terdetik nak masuk ke sebuah butik yang dihiasi dengan rekaan baju yang cantik dan kena dengan warna. Apabila saya memasuki butik tersebut, terpandang dua orang pekerja yang seorang sedang bercakap telefon dan seorang lagi sibuk membelik-belik handsetnya tanpa memperdulikan saya.  Saya pun membelik-belik baju yang tergantung di rak, pekerja dua orang itu langsung tidak mengendakan saya yang sudah pun berada didalam butik tersebut.  Saya berminat melihat satu pasang baju yang tergantung kat rak, dengan potongan dan warna baju yang memang saya minati dan berhasrat untuk membelinya.  Saya mengambil baju tersebut dan membawa ke kaunter untuk bertanya berapa harganya disebabkan memang tak diletakkan harga. Salah seorang pekerja itu memberitahu kepada saya bahawa baju itu mahal kak, saya bertanya lagi berapa dik? RM499.00 kak, jadi saya minta keizinan untuk mencuba baju itu, lalu pekerja itu menunjukkan 'fitting room' dengan hanya menggunakan memek mulutnya menunjuk arah 'fitting room' tersebut.  Saya pun terus ke bilik 'fitting room' untuk mencuba baju tersebut.  Hati kecil saya berkata, kesihan tuan empunya butik itu kerana mempunyai kakitangan yang tidak bertanggungjawab sepenuhnya kepada pelanggan mereka. Baju itu memang sesuai dengan tubuh badan saya lalu saya membelinya.  Bila dah membuat pembayaran baru saya tengok kedua-dua pekerja itu  ceria. Jadi andaian saya, mungkin pekerja itu berfikiran bahawa saya tak akan membeli pakaian tersebut atas alasan fikiran mereka.  Jadi bila dinilai, tuan empunya butik itu seharusnya selalu berada dibutik nya agar semuanya berjalan dengan.  Mungkin juga pekerja-pekerjanya masih tidak faham etika berkerja.

Saya pun terus beredar dari dalam butik tersebut dan hati berkata, kalau ada 10 orang pelanggan yang masuk ke butik tersebut pada hari yang sama dan pekerja itu bersikap sedemikian tentu tuan empunya butik itu menanggung kerugian besar.  Pelanggan juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan, sejajar dengan kata pepatah 'customer is always right'.

Itulah pengalaman yang saya alami, walau cantik manapun butik dan hiasan dalam butik tersebut tetapi mempunyai pekerja sedemikian, semuanya akan jadi tak cantik dan sia-sia sahaja.  Butik pakaian ini seharusnya dihiasi dengan pekerja-pekerja yang sentiasa memberikan senyuman yang manis dan berwatakan sopan terhadap pelanggannya.


Friday, 31 May 2013

Mencapai Kejayaan Dalam Perniagaan


 Teks:  Sarimah Deeply Adzrina


Untuk menceburi didalam bidang perniagaan adalah sesuatu risiko yang paling besar demi untuk mendapatkan pelbagai faktor dan elemen yang mempengaruhi didalam kejayaan sesuatu perniagaan. Dengan keadaan dunia perniagaan yang sentiasa berubah-berubah, harus peka dan mengikuti perkembangan pendekatan perniagaan agar tidak ketinggalan dan sedia bersaing dengan cara sihat. Dalam dunia perniagaan kita haruslah bijak meramal apa yang akan berlaku nanti.  Apapun perniagaan yang akan kita jalankan, perlu ada realistik juga faktor yang relevan.


 
Googles Images





Sentiasa Ada Sasaran dan Strategi Yang Baru

Dalam apa juga perniagaan yang akan kita jalankan perlu ada sasaran mahupun strategi yang baru dalam satu jangka atau masa yang sesuai, informasi baru tentang produk serta servis yang cepat.  Ini adalah kerana pelanggan sekarang ini semakin bijak untuk menilai sesuatu yang mereka kehendakkan.  Jangan hanya bergantung kepada pengalaman yang kita sedia ada akan tetapi harus berani mencuba sesuatu yang baru serta kreatif dan inovatif. 

Sentiasa Meningkatkan Tahap Kerjaya

Sentiasa lah meningkatkan tahap kerjaya atau sasaran kerja pada setiap masa untuk menentukan pencapaian yang baik dan berkualiti.  Sesuatu perubahan juga harus dikongsi bersama dengan kakitangan dalam sesuatu syarikat, agar dapat memupuk sesuatu warga kerja yang berkualiti dan inovatif.  Pastikan syarikat dilengkapi dengan maklumat terkini secara konsisten kepada pelanggan agar sentiasa memenuhi keperluan pelanggan.  Harus juga mengambil tahu tentang kegunaan produk serta perkhidmatan yang syarikat anda berikan agar dapat memenuhi cita rasa pelanggan.  Mempermudahkan dan memperrcepatkan pelanggan adalah perkhidmatan yang terbaik.

Saya suka dengan kata-kata ini yang saya petik daripada buku ' tip menawan hati pelanggan' yang berkata, KEIKHLASAN, KESUNGGUHAN dan KEBAJIKSANAAN perlu ada sentiasa memastikan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

Sambil-sambil saya berkongsi pengetahuan tentang mencapai kejayaan dalam perniagaan, saya juga ada tugasan yang harus diselesaikan iaitu menyiapkan tempahan baju kurung untuk pelanggan saya yang dah bertahun-tahun menjadikan saya tempat mereka sekeluarga menempah pakaian untuk semua perayaan.




Thursday, 23 May 2013

Perkhidmatan Pelanggan DiUtamakan


Teks:  Sarimah Deeply Adzrina



Khidmat pelanggan adalah sesuatu yang sangat penting bagi yang hendak menjalankan sesuatu bisnes, tidak kira bisnes kecil-kecilan mahupun yang besar. Ini adalah tanpa pelanggan perniagaan kita tidak akan wujud. Didalam sesebuah perniagaan banyak yang harus kita lakukan seperti membina hubungan baik dengan semua orang tidak kita bangsa atau agama serta selalu berdamping rapat kepada mereka dan dengan cara itu adalah salah satu untuk mempromosikan produk atau barangan yang akan kita niagakan.  Kadang-kadang ada diantara peniaga yang kurang mengambil berat tentang khidmat pelanggan.  Ini dapat saya rasakan apabila berkunjung ke sebuah butik mahupun apa-apa kedai, selalunya mereka lebih kepada menjadi penonton atau lebih banyak berdiam sambil memerhatikan saja pengunjung tersebut melihat sekeliling, tanpa diberi penerangan mengenai produk atau barangan yang mereka niagakan. Sedangkan itu adalah satu peluang yang tak harus dilepaskan.  Dengan hanya seorang pelanggan boleh menjadi berpuluh-puluh lagi pelanggan yang akan datang sekiranya kali pertama pelanggan itu datang dan diberi sambutan yang cukup baik, dimana nanti pelanggan pertama akan memberitahu kawan-kawannya bahawa layanan serta perkhidmatan yang diberikan oleh kita itu menjadi satu fenomena yang baik sekali. Maka disini lah sebenarnya perhubungan tersebut baru nak bermula.


Googles Image



Antara tip-tip yang perlu diambil kira adalah seperti berikut:-  

Percakapan yang jelas serta budi-bicara yang cantik 

Biasanya pelanggan akan datang semula membeli, sekiranya penjual itu memberi satu kata-kata yang cukup baik seperti 'silakan masuk cik/encik ' tengok-tengok lah mana tau ada yang berkenaan dihati, lepas tu terangkan apa perkhidmatan yang kita beri kepada pelanggan. Sentiasa memberikan khidmat yang terbaik, mesra dan suka membantu apabila mereka memerlukan atau bertanya soalan.

 Janji di tepati 
 
Sentiasa peka akan perkara ini dan jangan sesekali untuk tidak menepati  janji.  Sekiranya seorang pelanggan cuba untuk mendapatkan sesuatu yang mungkin kita tidak dapat laksanakan seperti yang diminta cubalah sejujurnya memberitahu pelanggan tersebut bahawa anda akan berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan apa yang pelanggan itu nak.  Katakan kepada pelanggan tersebut, bahawa anda akan usahakan. Dapatkan nombor telefon pelanggan tersebut agar anda dapat menghubungi beliau, sekiranya pesanan yang dikehendaki itu dapat atau sebaliknya. Apabila kita telah berjanji kepada pelanggan untuk menghantar pesanan mereka, perlu diambil berat dan jangan memungkiri janji kerana boleh melibatkan reputasi bisnes kita tak elok.  Jika sekiranya janji tidak dapat dipenuhi, perlu bagi kita untuk memaklumkan kepada pelanggan dengan segera dan memohon maaf dengan serta merta.  Cubalah selesaikan masalah tersebut dengan sebaik mungkin agar tidak timbul kesulitan bagi pihak pelanggan.  Ini juga satu cara untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan kepada perniagaan kita serta kedua-dua pihak akan berpuas hati. 

Menyimpan Butir-Butir Pelanggan

Setiap peniaga haruslah menyimpan butir-butir pelanggan seperti no. telefon, email serta alamat untuk memudahkan bagi anda menghubungi semula pelanggan tersebut atau ada membuat sebarang promosi untuk produk atau barangan anda. Juga untuk membina hubungan yang baik diantara anda dengan pelanggan. Hubungan yang baik diantara anda dengan pelanggan sangat-sangat penting, kerana dengan cara ini mereka mesti akan berkongsi maklumat dengan kawan-kawan mereka sekaligus boleh menjadi pelanggan yang baru untuk anda juga serta bakal menjadi pelanggan setia kepada anda juga. 


Beri perkhidmatan yang senang kepada pelanggan kita
 
Sudah semestinya setiap peniaga nakkan sesuatu yang terbaik dan berusaha untuk memberi perkhidmatan yang senang dan mudah kepada pelanggan. Berbagai idea dan usaha harus diambil kira kepada pelanggan yang sedia ada mahu yang bakal menjadi pelanggan supaya mereka merasa dihargai. Apa lagi sekiranya produk ataupun barangan yang hendak di jual itu barangan yang sangat laris maka stok harus sentiasa ada dan tidak akan  terputus bekalan apabila pelanggan berkehendakkan barangan tersebut jangan sampai pelanggan putus angin.  Sekiranya berlaku kecuaian seperti ini besar kemungkinan pelanggan tersebut akan beralih arah kepada penjual lain.  Disini kita dah kehilangan seorang pelanggan yang baik.

Sunday, 14 April 2013

Tingkatkan Kepercayaan dan Kejujuran Kepada Bakal Pembeli

Tingkatkan Kepercayaan dan Kejujuran Kepada Bakal Pembeli

 
Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Image: Google



Langkah-langkah yang harus diambil apabila anda telah bersedia untuk menjalankan perniagaan online iaitu satu tanggungjawab yang besar serta memberi kepercayaan dan kejujuran kepada bakal pembeli anda. Sekiranya pembeli memesan barang yang dikehendakinya dan telah memasukkan wang kedalam akaun anda, harus diingatkan jangan sesekali lambat mengepos barang yang dipesan tadi.  Jangan mengambil terlalu banyak untung melalui produk jualan anda kerana matlamat membeli-belah online  ialah untuk menjimatkan masa dan pembeli tahu produk/barang yang dibeli melalui online adalah lebih murah berbanding dijual dikedai.

Harus diingatkan juga, jangan sama sekali menyorok apa-apa maklumat mengenai produk jualan anda samada anda menjual barang terpakai, haruslah meletakkan maklumat kerosakan atau kecacatan yang ada pada produk/barang tersebut. Juga sekiranya produk/barang yang anda jual mudah rosak seperti biskut atau jeruk, pastikan pembungkusan anda dalam keadaan baik dan boleh menjamin produk/barang itu selamat sampai ke tangan pembeli.


Google Image



Pemberian maklumat kepada pembeli juga harus tepat agar pembeli produk/barang anda tidak menganggap anda menipu wang mereka.  Apa juga perniagaan yang hendak anda mulakan haruslah mempunyai sikap yang konsisten dan peka pada hal-hal tentang perniagaan yang kita jalankan.

Saturday, 13 April 2013

Perkhidmatan Pelanggan



Perkhidmatan Pelanggan

Ahad (7/4/2013)
Teks:  Sarimah Deeply Adzrina




Googe Image

  • Definisi perkhidmatan pelanggan adalah eksepektasi dan strategi pelanggan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.
  • Kepuasan pelanggan untuk mengimbas kembali kejadian atau situasi dimana kita berasa teruja dan seronok.  Contoh:  seseorang pelanggan berpuas hati dengan khidmat yang kita berikan kepadanya.
  • Kefahaman terhadap kehendak dan pengharapan pelanggan serta kemampuan dalaam mereka bentuk sesuatu produk serta perkhidmatan yang diharapkan.
  • Memberikan penekanan terhadap perkhidmatan kepada pelanggan seperti keperluan memberi layanaan mesra dan adil.
  • Memperluaskan penyebaran dan penyampaian kemudahan perkhidmatan serta haruslah mengenalpasti satu langkah yang baik dan cemerlang.
  • Setiap pelanggan adalah umpama seorang pesakit yang memerlukan bantuan doktor untuk menyelesaikan atau mengurangkan kesakitan yang ditanggung oleh pesakit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...