Wednesday, 17 April 2013

3/4/2013 [Rabu] Setiap Wanita Ada Kelebihan dan Kekurangan Masing-Masing


Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Image:  Google


Setiap insan yang hidup didunia ini mempunyai kelebihan dan kekurangan.  Tidak ada yang benar-benar sempurna kerana kesempurnaan itu adalah milik allah swt.  Walau siapapun kita, haruslah membuat satu perubahan diri kepada yang lebih baik.  Tidak seharusnya kita menerima bulat-bulat apa yang telah ditentukan kepada kita.  Ini kerana setiap insan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing,  juga haruslah belajar menghargai apa yang kita miliki, kerana itu adalah satu sikap yang terpuji.  Jangan sekali-kali belajar untuk tidak menghargai setiap sesuatu perkara itu apabila ia sudah jauh meninggalkan kita.

Wanita yang memiliki sifat lemah lembut dan keibuaan antara anugerah yang cukup bernilai daripada ciptaan allah swt maka itu lah diciptakan nya pula kaum Adam iaitu lelaki untuk menjaga dan melindungi wanita supaya maruah mereka sentiasa terbela dan saling melengkapi antara satu sama lain. Dalam kelembutan wanita disematkan sikap penyabar, tabah dan berani untuk menempuhi kehidupan yang semakin mencabar serta perlu mempunyai semangat yang tinggi. Kerana kelembutan itu lah ramai yang suka mengambil kesempatan ke atas insan yang bernama wanita.  Itulah indahnya seorang wanita.

Disebabkan banyaknya keperitan yang dilalui oleh wanita, hidup wanita boleh jadi kuat dan cukup tabah malah lebih menanam semangat untuk meneruskan kehidupan demi keluarga.  Sayangilah wanita yang tugasnya sebagai hamba allah, isteri, ibu dan penenang kala kalian ditimpa kesakitan dan musibah. Sayangi mereka seadanya.  Jadikan pelindung terbaik kerana ini banyak jasanya. Waallahualam.




Google Image

                                                              








 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...