Sunday, 28 April 2013

Jumaat[5/4/2013] Percutian Ke Gangzhuo, China

Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Image:  Koleksi Peribadi


Bertolak daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 8.30 pagi ke Gangzhuo, China dengan menaiki penerbangan Air Asia. Kami sampai di Gangzhou, China jam 2.00 petang. Cuaca di sana pada masa itu ialah 5 darjah celsius. Setibanya kami di Lapangan Terbang Gangzhou, China kenderaan yang sudah ditempah awal untuk menjemput kami ke tempat penginapan telah menanti. Perjalanan ke Bandar Gangzhou memakan masa lebih kurang 2 jam setengah. Kami sempat mencuci mata melihat bangunan-bangunan dan pemandangan yang cukup indah. Lebih kurang jam 5 petang kami tiba ke tempat yang dituju. Setelah selesai mendaftarkan diri, masing-masing masuk ke bilik untuk berehat. Pada sebelah malam, kami keluar untuk makan malam dan cepat pulang ke penginapan kerana keadaan cuaca yang teramat sejuk, lagi pula kami masih penat melalui perjalanan yang panjang.



Koleksi Peribadi
Koleksi Peribadi
Salah Satu Barang Yang Terdapat Disana


Keesokannya, kami menikmati sarapan di cafe sebelum keluar membeli-belah di sebuah gedung yang terbesar di bandar Gangzhou, China yang bernama Zhejiang Yiwa. Di gedung tersebut ada beraneka barangan seperti baju, tudung, aksesori, beg tangan dan boleh dikatakan semua barang ada.  Katagori barang berbeza dan ada gred-gred tertentu yang dikelaskan, kita hanya perlu beri perhatian yang lebih agar tidak tertipu. Ada kalanya kita sendiri tak pernah melihat satu-satu barangan yang terdapat di situ. Harganya cukup murah dan berbaloi. Gedung tersebut cukup besar dan memang tak cukup masa nak diterokai dalam masa sehari. Bayangkan saja satu tingkat bangunan tersebut menjual barangan yang sama. Kami cukup kagum dengan cara mereka berniaga.


Ulat Yang Telah Proses Untuk Buat Kain Sutera

Ulat Yang Telah Proses Untuk Buat Kain Sutera
Masuk hari ketiga kami gedung yang sama untuk melihat barangan yang lain pula. Cuaca memang amat sejuk untuk berjalan ke tempat yang terbuka jadi kami memilih untuk menghabiskan banyak masa di gedung tersebut. Sesuatu yang betul-betul membuat kami terpegun adalah cara mereka bekerja, cukup bersistematik. Manusia yang datang ke sini ada dari berbagai negara dan bangsa. Kami juga sempat melawat tempat membuat kain sutera yang diperbuat daripada ulat. Sungguh terpegun kami melihat seorang lelaki tua dengan tekun dan teliti beliau menunjukkan kepada kami bagaimana ulat diproses menjadi kain sutera. Satu pengalaman yang sunggguh indah. Dua hari sebelum kami nak bertolak balik ke Malaysia, kami sempat melawat ke tempat-tempat yang bersejarah di bandar Gangzhou.
Salah Satu Tempat Yang Menarik


Tempat Yang Menarik


Ingin juga saya kongsikan di sini bagaimana cara mudah untuk menjahit  kain sutera agar nampak kemas dan cantik.  Gunakan kertas minyak atau kertas yang berwarna coklat untuk membuat pola pakaian dahulu sebelum mengunting kain sutera tersebut agar menjadi mudah.  Ini disebabkan kertas minyak atau kertas yang berwarna coklat agak lembut dan mudah dikendalikan. Juga disini ingin saya berkongsi tips cara-cara mencuci kain sutera agar tidak rosak dan tidak pudar warnanya.  Gunakan softlan atau pencuci yang lembut dan gosoklah baju atau kain sutera tersebut perlahan-lahan, bilas dengan air biasa sehingga bersih.  Setelah bersih masukkan baju atau kain sutera itu kedalam plastik yang bersih tanpa memerahkan baju atau kain sutera tersebut.  Pastikan plastik tersebut tidak bocor dan masukkan baju atau kain sutera kedalam peti ais tetapi bukan tempat yang beku.  Biarkan selama 2 atau 3 jam lalu dijemur ditempat yang teduh sehingga kering.  Cara ini membuat baju atau kain sutera tersebut mudah di sterika dan warna kain bertambah cantik.  Selamat mencuba!








   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...