Monday, 15 April 2013

Sabtu[30/3/2013] Perbanyakkan Ucapan Syukur



Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Image: Google


Setiap insan impikan masa depan yang penuh kejayaan, kemakmuran dan kesempurnaan dalam kehidupan masing-masing.  Segalamya yang anda impikan boleh digambarkan didalam fikiran, penuh dengan kegembiraan dan kecemerlangan. Penetapan matlamat dalam kehidupan amat penting untuk menjadi pendorong kepada anda untuk mendapatkan apa yang anda impikan.  Matlamat sebegini secara tidak langsung akan membina sikap positif dan kekuatan kepada anda.

Tetapkan masa atau jangka masa untuk anda mencapai matlamat.  Mungkin 3 jam, 1 minggu atau 1 tahun.  Rancanglah penggunaan masa supaya anda tidak terpesong daripada matlamat anda oleh sifat bertangguh, was-was, hilang tujuan dan kerisauan yang tidak berkesudahan.  Mesti mengetahui kekuatan diri anda daripada segi pengetahuan, kemampuan, kemahiran dan sumber-sumber lain.  Perlu mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengubah diri anda dari dalam serta bersedia menjauhi dan mengatasi halangan yang menanti.

Mengetahui kelemahan diri bukannya, dengan cara mencari alasan untuk tidak melakukan sesuatu tetapi untuk mengenal cara mengatasinya.  Kebanyakan orang mewujudkan keterbatasan dan kelemahan diri sebagai alasan.  Selalu membuat perbandingan diri anda dengan orang lain, sekiranya anda mempunyai kelebihan itu adalah satu kurniaan dan jika ada kelemahan, cuba atasinya.  Jadilah orang yang cemburu dengan kejayaan orang lain tanpa menjatuhkan nya, akan tetapi berusahalah untuk memperbaiki diri untuk menjadi sepertinya.


Google Image


Ramai antara kita mempunyai matlamat tanpa memikirkan samada ianya sesuai atau tidak dengan kemampuan untuk dicapai. Ataukah cuma angan-angan semata-mata? Ciri-ciri suatu matlamat mestilah mempunyai kriteria berikut:-

  • Matlamat haruslah jelas, terang dan nyata.
  • Menetapkan matlamat dengan lebih bersemangat, lebih berusaha dan dorongan untuk mencapainya.
  • Matlamat harus diukur apabila tiba jangka masa yang ditetapkan.

Jesteru itu, untuk menjadi seorang yang benar-benar berjaya mestilah membina satu sikap keyakinan diri serta kemampuan diri yang tinggi.  Perancangan yang teratur juga dapat mengurangkan sikap yang suka menanggguhkan sesuatu tindakan.  Harus juga ada sikap menyayangi diri sendiri agar diri tidak akan menderita dimasa depan.  Tetapkan matlamat dan bersedia mengambil langkah-langkah seterusnya kearah pencapaian, kejayaan dan masa depan yang gemilang bak kata pepatah "orang bijaksana adalah orang yang mampu mengenal keupayaan dirinya".

Semoga anda terus berjaya dalam kehidupan ini.  Belajarlah perkara baru setiap hari dan menjadikan orang yang hebat disuatu hari nanti dan selalu lah mengucapkan syukur pada allah s.w.t

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...