Teks: Sarimah Deeply Adzrina
Image: Google
Seringkali kalau kita ke pusat membeli- belah mahupun pasar raya, tentu
saja kita berpeluang melihat perbagai gelagat manusia, ketika mereka
sedang seronok membeli-belah. Antaranya, hari ini ketika saya bersama
keluarga bersarapan disebuah restoran yang berdekatan dengan pasar raya,
tiba-tiba saya terpandang sekeluarga yang sedang membeli barang didalam
pasar raya tersebut sedang membuka plastik bungkusan sesuatu barang,
namun mereka tidak membeli barang tersebut, sebaliknya meletakkan
kembali barang tersebut ditempat asal dan beredar daripada situ.
Terdetik dalam hati saya, adakah kita rakyat malaysia memang mempunyai
tabiat sebegitu? Bagi saya, ini satu amalan yang sungguh tidak
beretika. Bayangkan jika terdapat para pelancong secara kebetulan
melihat mereka melakukan amalan-amalan seperti itu, sungguh memalukan
bukan?
Google Image |
Semasa dalam perjalanan balik kerumah setelah selesai bersarapan dengan keluarga, saya mengingatkan diri saya dan anak-anak agar jangan bersikap demikian dan harus mempunyai etika ketika membeli-belah.
No comments:
Post a Comment