Friday 17 May 2013

Rabu [4/4/2013] - Sedikit Khasiat Tentang Rumpai Laut


Teks:  Sarimah Deeply Adzrina


Google Picture

Semalam, saya bersembang dengan seorang rakan di facebook. Beliau bercerita tentang menu tengah harinya iaitu ‘kerabu rumpai laut’. Hati saya tertanya-tanya sama ada rumpai tersebut boleh di makan atau tidak? Sesuatu yang asing bagi saya mendengar hidangannya itu kerana setahu saya rumpai laut biasanya dimasak atau direbus untuk dibuat minuman atau dimakan begitu sahaja. Terus terang, saya tak pernah makan rumpai laut kerana bau yang sangat kuat dan hanyir walaupun sudah dibasuh berkali-kali, tetapi rakan saya ini bersungguh-sungguh menyatakan ia tidak seperti sangkaan saya. Ini sekaligus mendorong saya untuk mencuba resepi seperti yang disarankan oleh beliau.
Awal pagi tadi, saya ke sebuah pusat membeli belah di Shah Alam yang secara kebetulan lalu di sebuah kedai produk kesihatan. Saya terus bertanya tentang rumpai laut untuk dibeli. Rupa-rupanya rumpai laut pun ada gred-gred tertentu, saya memilih ‘medium’ gred. Apabila tiba di rumah saya terus mencuci sehingga bersih sepuas hati saya. Selepas itu saya rendam rumpai tersebut selama 6 hingga 8 jam. Setelah ia mengembang saya cuci lagi sekali dan mula memotong cili padi, cili besar, bawang merah (semua dihiris halus) ikan bilis digoreng dengan sedikit minyak sehingga garing lalu saya tumbuh separuh sehingga lumat dan selebih ikan bilis itu saya biarkan sahaja sebagai tambahan. Asam limau kasturi, gula dan secubit garam. Akhirnya, saya gaul semua bahan-bahan tadi. Rasanya enak sekali, Cuma lebih enak bila disimpan dahulu di dalam peti ais.
Inilah hasilnya:-
Koleksi Peribadi



Sedikit khasiat tentang Rumpai Laut.

Rumpa laut, makanan tambahan yang kaya dengan khasiatnya yang tersendiri. Vitamin C, Magnesium dan Kalsium juga Omega 3 yang akan membuat kulit kita kenyal dan licin. Membantu merawat masalah kulit. Iodine didalamnya mampu untuk memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak). 


Disamping menikmati kerabu rumpai laut yang sedap ini, saya sedang mendapat satu idea tentang rekaan pakaian yang boleh diilhamkan daripada keindahan yang terdapat di laut tempat rumpai laut ini hidup. Semoga idea-idea tersebut akan dapat saya laksanakan. In shaa allah.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...