Teks: Sarimah Deeply Adzrina
Semalam,
saya bersembang dengan seorang rakan di facebook. Beliau bercerita
tentang menu tengah harinya iaitu ‘kerabu rumpai laut’. Hati saya
tertanya-tanya sama ada rumpai tersebut boleh di makan atau tidak?
Sesuatu yang asing bagi saya mendengar hidangannya itu kerana setahu
saya rumpai laut biasanya dimasak atau direbus untuk dibuat minuman
atau dimakan begitu sahaja. Terus terang, saya tak pernah makan rumpai
laut kerana bau yang sangat kuat dan hanyir walaupun sudah dibasuh
berkali-kali, tetapi rakan saya ini bersungguh-sungguh menyatakan ia
tidak seperti sangkaan saya. Ini sekaligus mendorong saya untuk mencuba
resepi seperti yang disarankan oleh beliau.
Awal
pagi tadi, saya ke sebuah pusat membeli belah di Shah Alam yang secara
kebetulan lalu di sebuah kedai produk kesihatan. Saya terus bertanya
tentang rumpai laut untuk dibeli. Rupa-rupanya rumpai laut pun ada
gred-gred tertentu, saya memilih ‘medium’ gred. Apabila tiba di rumah
saya terus mencuci sehingga bersih sepuas hati saya. Selepas itu saya
rendam rumpai tersebut selama 6 hingga 8 jam. Setelah ia mengembang saya
cuci lagi sekali dan mula memotong cili padi, cili besar, bawang merah
(semua dihiris halus) ikan bilis digoreng dengan sedikit minyak sehingga
garing lalu saya tumbuh separuh sehingga lumat dan selebih ikan bilis
itu saya biarkan sahaja sebagai tambahan. Asam limau kasturi, gula dan
secubit garam. Akhirnya, saya gaul semua bahan-bahan tadi. Rasanya enak
sekali, Cuma lebih enak bila disimpan dahulu di dalam peti ais.
Inilah hasilnya:-
Koleksi Peribadi |
Sedikit khasiat tentang Rumpai Laut.
Rumpa
laut, makanan tambahan yang kaya dengan khasiatnya yang tersendiri.
Vitamin C, Magnesium dan Kalsium juga Omega 3 yang akan membuat kulit
kita kenyal dan licin. Membantu merawat masalah kulit. Iodine didalamnya
mampu untuk memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah
penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak).
Disamping menikmati kerabu rumpai laut yang sedap ini, saya sedang mendapat satu idea tentang rekaan pakaian yang boleh diilhamkan daripada keindahan yang terdapat di laut tempat rumpai laut ini hidup. Semoga idea-idea tersebut akan dapat saya laksanakan. In shaa allah.
No comments:
Post a Comment