Teks: Sarimah Deeply Adzrina
Koleksi Peribadi |
Koleksi Peribadi |
Apa Kelebihan Butik Online
Sebenarnya saya agak kebingungan hari ini apa yang harus saya tulis untuk entri saya hari ini. Daripada pagi tadi selepas sarapan, masih belum mendapat idea untuk tajuk entri saya. Selepas solat zuhur, tiba-tiba terfikir kenapa tidak memberi tajuk entri saya kali ini tentang kelebihan butik online sesuai dengan blog dan perniagaan yang sedang saya jalankan sekarang ini.
Mungkin anda berfikir, apakah dengan berniaga butik online itu boleh menguntungkan? Sebenarnya berniaga butik online itu memang menguntungkan sekiranya anda tahu cara dan jalan yang betul.
1) Harus Menanam Satu Motivasi Di Minda
Motivasikan dahulu diri anda seolah-olah anda mendaki sebuah gunung yang memang susah untuk di daki dan harus mengharungi liku-liku yang amat payah. Jadi memang susah bukan? kerana dengan cara ini, anda boleh melakukan hal-hal yang orang lain anggap mustahil tetapi untuk anda capai adalah mudah. Apalagi kalau cuma bisnes butik online yang sama sekali bukan hal mustahil anda boleh lakukan.
2) Cara Anda Berfikir
Banyak anggapan orang diluar sana menganggap berniaga bisnes butik online adalah cepat untuk mendapat wang. Itu adalah satu-satu pendapat yang salah dan tidak mendatangkan hasil kalau tidak disusuli dengan kesungguhan. Perniagaan bisnes butik online memerlukan banyak idea-idea yang boleh anda fikirkan, agar anda tahu bagaimana nak mempromosikan produk anda juga memerlukan kepakaran yang banyak menggunakan otak untuk berfikir. Sama juga cara bisnes butik offline, kena berkerja keras dan bukannya berkerja sehari esok nya kita dah mendapat banyak wang. Pemikinan sedemikian harus dibuang jauh-jauh kerana anda harus mempunyai kesabaran yang cukup kuat.
3) Harus Fokus Pada Perniagaan
Untuk berjaya dalam sesuatu perniagaan bisnes butik online harus mempunyai kesungguhan dan fokus yang konsisten. Tidak ada sesuatu perniagaan dibuat segalanya dalam satu masa. Jika anda ingin memulakan suatu bisnes butik online, haruslah menfokuskan pada hanya satu bidang dahulu sebelum memulakan yang lain. Ini kerana bila terlalu banyak perniagaan yang nak dibuat dalam satu masa, maka tumpuan akhirnya menjadi kelam kabut.
Jangan merasa takut untuk terus maju. Kesungguhan dan ketabahan melaksanakan sesuatu in shaa allah, akan berjaya juga akhirnya. Yang penting harus memberi fokus yang serius.
Pendapat Puan Sarimah adalah sangat tepat dan benar. Pendapat saya bagi sesiapa yang baru ingin berjinak-jinak dengan bisnes butik, anda boleh mulakan langkah pertama dengan bisnes butik online. Seperti pendapat Puan Sarimah, bisnes butik online adalah sangat menguntungkan. Bukan sekadar itu, ianya mampu menjimatkan masa dan wang. Anda mampu menjimatkan sewa kedai, gaji pekerja, utiliti kedai dan lain-lain.
ReplyDeleteAdalah sangat penting juga bagi anda yang ingin memulakan perniagaan butik samada online atau offline mempunyai ilmu dalam bidang anda. Di dalam bisnes butik online, anda perlu mempunyai ilmu mengenainya kerana ramai diantara sedar atau tidak telah melakukan banyak kesilapan. Dengan mempunyai ilmu juga anda telah dapat menjimatkan wang anda daripada kerugian jutaan ringgit.