Thursday, 23 May 2013

Perkhidmatan Pelanggan DiUtamakan


Teks:  Sarimah Deeply Adzrina



Khidmat pelanggan adalah sesuatu yang sangat penting bagi yang hendak menjalankan sesuatu bisnes, tidak kira bisnes kecil-kecilan mahupun yang besar. Ini adalah tanpa pelanggan perniagaan kita tidak akan wujud. Didalam sesebuah perniagaan banyak yang harus kita lakukan seperti membina hubungan baik dengan semua orang tidak kita bangsa atau agama serta selalu berdamping rapat kepada mereka dan dengan cara itu adalah salah satu untuk mempromosikan produk atau barangan yang akan kita niagakan.  Kadang-kadang ada diantara peniaga yang kurang mengambil berat tentang khidmat pelanggan.  Ini dapat saya rasakan apabila berkunjung ke sebuah butik mahupun apa-apa kedai, selalunya mereka lebih kepada menjadi penonton atau lebih banyak berdiam sambil memerhatikan saja pengunjung tersebut melihat sekeliling, tanpa diberi penerangan mengenai produk atau barangan yang mereka niagakan. Sedangkan itu adalah satu peluang yang tak harus dilepaskan.  Dengan hanya seorang pelanggan boleh menjadi berpuluh-puluh lagi pelanggan yang akan datang sekiranya kali pertama pelanggan itu datang dan diberi sambutan yang cukup baik, dimana nanti pelanggan pertama akan memberitahu kawan-kawannya bahawa layanan serta perkhidmatan yang diberikan oleh kita itu menjadi satu fenomena yang baik sekali. Maka disini lah sebenarnya perhubungan tersebut baru nak bermula.


Googles Image



Antara tip-tip yang perlu diambil kira adalah seperti berikut:-  

Percakapan yang jelas serta budi-bicara yang cantik 

Biasanya pelanggan akan datang semula membeli, sekiranya penjual itu memberi satu kata-kata yang cukup baik seperti 'silakan masuk cik/encik ' tengok-tengok lah mana tau ada yang berkenaan dihati, lepas tu terangkan apa perkhidmatan yang kita beri kepada pelanggan. Sentiasa memberikan khidmat yang terbaik, mesra dan suka membantu apabila mereka memerlukan atau bertanya soalan.

 Janji di tepati 
 
Sentiasa peka akan perkara ini dan jangan sesekali untuk tidak menepati  janji.  Sekiranya seorang pelanggan cuba untuk mendapatkan sesuatu yang mungkin kita tidak dapat laksanakan seperti yang diminta cubalah sejujurnya memberitahu pelanggan tersebut bahawa anda akan berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan apa yang pelanggan itu nak.  Katakan kepada pelanggan tersebut, bahawa anda akan usahakan. Dapatkan nombor telefon pelanggan tersebut agar anda dapat menghubungi beliau, sekiranya pesanan yang dikehendaki itu dapat atau sebaliknya. Apabila kita telah berjanji kepada pelanggan untuk menghantar pesanan mereka, perlu diambil berat dan jangan memungkiri janji kerana boleh melibatkan reputasi bisnes kita tak elok.  Jika sekiranya janji tidak dapat dipenuhi, perlu bagi kita untuk memaklumkan kepada pelanggan dengan segera dan memohon maaf dengan serta merta.  Cubalah selesaikan masalah tersebut dengan sebaik mungkin agar tidak timbul kesulitan bagi pihak pelanggan.  Ini juga satu cara untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan kepada perniagaan kita serta kedua-dua pihak akan berpuas hati. 

Menyimpan Butir-Butir Pelanggan

Setiap peniaga haruslah menyimpan butir-butir pelanggan seperti no. telefon, email serta alamat untuk memudahkan bagi anda menghubungi semula pelanggan tersebut atau ada membuat sebarang promosi untuk produk atau barangan anda. Juga untuk membina hubungan yang baik diantara anda dengan pelanggan. Hubungan yang baik diantara anda dengan pelanggan sangat-sangat penting, kerana dengan cara ini mereka mesti akan berkongsi maklumat dengan kawan-kawan mereka sekaligus boleh menjadi pelanggan yang baru untuk anda juga serta bakal menjadi pelanggan setia kepada anda juga. 


Beri perkhidmatan yang senang kepada pelanggan kita
 
Sudah semestinya setiap peniaga nakkan sesuatu yang terbaik dan berusaha untuk memberi perkhidmatan yang senang dan mudah kepada pelanggan. Berbagai idea dan usaha harus diambil kira kepada pelanggan yang sedia ada mahu yang bakal menjadi pelanggan supaya mereka merasa dihargai. Apa lagi sekiranya produk ataupun barangan yang hendak di jual itu barangan yang sangat laris maka stok harus sentiasa ada dan tidak akan  terputus bekalan apabila pelanggan berkehendakkan barangan tersebut jangan sampai pelanggan putus angin.  Sekiranya berlaku kecuaian seperti ini besar kemungkinan pelanggan tersebut akan beralih arah kepada penjual lain.  Disini kita dah kehilangan seorang pelanggan yang baik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...