Teks: Sarimah Deeply Adzrina
Foto: Googles Images
Hari ini agak lewat saya memulakan penulisan entri disebabkan sepanjang hari ini saya ada beberapa tugasan yang harus saya laksanakan. Entri saya kali ini adalah kesinambungan kepada entri saya khamis 18/6/2013.
Setiap seseorang yang akan menceburkan diri didalam apa juga perniagaan, haruslah tahu dan perlu tentang strategi dan pemasaran yang betul. Seperti kemampuan pengeluaran produk, sumber kewangan yang mencukupi serta memahami sedalam nya arah tuju perniagaan serta memahami kekuatan dan kelemahan perniagaan itu nanti. Daripada pengalaman saya tentang perniagaan butik offline ini, setiap hari mesti mempunyai idea yang baru demi untuk meyakinkan pelanggan kita bahawa kita selalu mengikuti aliran semasa. Dapat menceritakan kepada pelanggan tentang kualiti pakaian yang baru kita atau akan keluarkan.
Didalam perniagaan juga kita kena banyak belajar bagaimana mengatur strategi pemasaran sebagai menyusun langkah-langkah untuk mencapai matlamat mahupun sasaran. Kita juga harus tahu atau memahami pasaran yang akan kita terokai serta menentukan siapakah pelanggan kita samada orang remaja, dewasa atau pertengahan umur [ini contoh segmen pasaran] ini disebabkan manusia adalah berbeza-beza citarasa yang tidak sama.
Googles Images |
Pemasaran produk juga amat penting didalam sesuatu perniagaan, kerana produk adalah barang dan perkhidmatan yang akan kita tawarkan oleh sesuatu perniagaan. Sebagai pemilik perniagaan, hendaklah tahu produk terbaru yang lebih diminati oleh pelanggan. Pengeluaran produk baru adalah satu tindakan yang perlu kerana peniaga mesti mengikuti perkembangan keperluan dan kehendak pengguna.
Walau apapun perniagaan yang kita akan ceburi, semua strategi pengurusan dan pemasaran perlu diambil kira. Matlamat kita agar perniagaan yang akan kita jalankan dapat berjalan dengan baik dan teratur. Sama lah juga dengan pemasaran butik offline memang memainkan peranan yang cukup penting demi untuk menjadikan butik offline dikenali ramai oleh pelanggan baru.
Ini cuma pendapat dan pengalaman yang saya dapat pelajari semasa saya mengendalikan bisnes butik offline beberapa tahun sebelum saya mengambil keputusan untuk membuat bisnes butik online.
No comments:
Post a Comment