Sunday, 7 April 2013

Panduan Membeli Belah Secara Online



Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Image:  Google


Sekarang dah semakin ramai orang diluar sana membeli belah cara online.  Sesetengah orang menganggap senang dan mudah, lagipun kebelakangan ini setiap orang mampu mempunyai kedai online yang boleh dilihat tapi tak boleh disentuh.  Itulah namanya sebuah perniagaan daripada rumah. 


Disini beberapa tips-tips cara membeli belah online:-

Keselamatan/Security

Loptop, PC, Netbook atau Ipad mestilah dilindungi oleh sofeware anti-virus yang terkini, sentiasa di update demi keselamatan sewaktu kita melakukan transaksi belian online untuk dilindungi daripada perisian pengintip (spyware), virus dan lain-lain ancaman dunia internet.

Kaji Selidik
Membuat kaji selidik sebelum membuat pembelian barang, terutamanya barang-barang yang berharga.  Dalam masa yang sama buat perbandingan harga dengan blogshop yang lain.  Lihat pakej tawaran yang ditawarkan. Ada yang bagi free postage walaupun pembelian hanya satu barang, ada yang beli lebih daripada satu barang baru free postage.  Kita sebagai pembali dan pengguna harus bijak.
Keselamatan Semasa Penghantaran Barang

Sebelum membuat sebarang bayaran, lihat dahulu wabpage tersebut samada tulin atau sebaliknya demi  untuk mengelakkan penipuan.
  
Simpan Resit Cetak/Copy/Snapshot

Pastikan simpanan resit bank (sekiranya telah membuat pembayaran), cetak resit atau pengesahan pembelian.  Kalau membuat pembayaran melalui (transaction online) ambil gambar barangan berserta butir-butir dan save sekali sebagai bukti. Simpan semua maklumat sehingga barang tersebut sampai ke tangan anda.
       




Google Image

Cara Bagaimana Nak Poskan Barang

Haruslah memilih kaedah pengeposan yang cepat dan selamat.  Disebabkan selalunya pihak penjual online tidak akan bertanggungjawab sebarang kerosakan semasa proses penghantaran dilakukan. Poslaju adalah yang terbaik dan paling popular, mesra pengguna dan senang akan tetepi terpulang kepada anda memilih agen pengeposan kerana diluar sana banyak lagi perkhidmatan yang terbaik.

Setakat ini dulu tips-tips yang saya boleh kongsikan berdasarkan pengalaman yang ada.  Selamat membeli belah online.


Ringkasan Mengenai Diri Saya

Teks : Sarimah Deeply Adzrina
Image:  Koleksi Sarimah Adzrina
 





Bismillahirrahmannirrahim dan Assalamulaikum semua,  


Sebelum ini saya selalu membaca blog orang lain tentang kehidupan seharian mereka dan berasa cukup tertarik dengan cerita dan pengalaman mereka. Nama saya Sarimah Adzrina Binti Nasir atau lebih dikenali dengan panggilan 'Kak Sarimah Adzrina'.  Saya berasal daripada Keningau, Sabah.  Anak kelima daripada sembilan orang adik beradik. 

Sebelum ini saya pernah berkerja dengan Kementerian Pelancongan dan Pembangunan Alam Sekitar di Kota Kinabalu, Sabah.

Setelah itu mengambil keputusan untuk berhenti kerja sepenuhnya dan berhijrah ke Kuala Lumpur, ini adalah kerana minat saya yang terlalu mendalam untuk menceburi bidang rekaan fesyen. Saya pernah mengikuti kursus jangka pendek (6 bulan) di IFTC International Academy of Fashion & Design, Kuala Lumpur.  Pada Ogos 2000, saya telah membuka sebuah butik di Midvalley Megamall atas nama Zas Collections.  Setahun kemudian pada 19 Oktober, 2001 saya telah mencipta sejarah baru dengan mereka pakaian dengan nama 'Sarimah Adzrina' dengan rasminya.  Pada 22 Mei, 2002 saya telah membuat Pertunjukan Fesyen di Hotel Millennium, London yang dihadiri oleh Datuk Jimmy Choo, seorang pereka kasut yang terkenal.  Turut sama, anak Malaysia iaitu Justin Oh, iaitu seorang pereka yang juga terkenal. Ini adalah pembiayaan sendiri dan usaha saya sendiri untuk memperkenalkan hasil rekaan saya. Ternyata ia membuahkan hasil dan mendapat sambutan yang cukup hebat.  Pada 17 Jun, 2002 saya sekali lagi dijemput untuk membuat pertunjukan fesyen sempena Pre-Ascot Celebration Launcheon di The Shakespeare Golbe Theatre, London bersama dengan Deida Acero iaitu seorang pereka topi hebat mendiang Puteri Diana, ada bersama Cecilio Serna International Designer untuk Spanish Royal Family, di hadiri oleh  Ivana Trumph, bekas isteri American Magnate Donald Trumph bersama anak beliau seorang model terkenal Ivana Trumph. Mereka turut membeli 6 helai hasil rekaan saya juga menjemput saya sebagai tetamu khas ke rumah beliau. Ini adalah satu pengalaman yang cukup indah. 

Saya pernah dijemput untuk menyertai pertunjukan fesyen di Malam Gala Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2003 di Dewan Merdeka, PWTC bersama pereka-pereka terkenal Dato' Bernard Chandran, Dato' Radzuan Radzwill, Eric Choong dan pereka tempatan yang menempah nama di London iaitu Justin Ho. 

Rekaan fesyen saya juga pernah menjadi hiasan di majalah-majalah popular seperti Her World, Rias, Nona, Midi, Mingguan Wanita dan Majalah Wings of Golds (MAS).

Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk membuat perniagaan saya daripada rumah pada tahun 2012 kerana ingin lebih masa dirumah dan tidak tergesa-gesa untuk membuat sesuatu pekerjaan.  Minat untuk menulis blog apabila saya ingin berkongsi tentang pengalaman-pengalaman ini.  Selain itu saya ingin untuk meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak.  Ini serba sedikit tentang diri saya dan pengalaman saya.  Semoga kehidupan kita senantiasa dirahmati oleh Allah s.w.t. 


Saturday, 6 April 2013

Sabtu [6/4/2013] Ragam Manusia Kala Membeli Belah



Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Image:  Google




Seringkali kalau kita ke pusat membeli- belah mahupun pasar raya, tentu saja kita berpeluang melihat perbagai gelagat manusia, ketika mereka sedang seronok membeli-belah.  Antaranya, hari ini ketika saya bersama keluarga bersarapan disebuah restoran yang berdekatan dengan pasar raya, tiba-tiba saya terpandang sekeluarga yang sedang membeli barang didalam pasar raya tersebut sedang membuka plastik bungkusan sesuatu barang, namun mereka tidak membeli barang tersebut, sebaliknya meletakkan kembali barang tersebut ditempat asal dan beredar daripada situ.  Terdetik dalam hati saya, adakah kita rakyat malaysia memang mempunyai tabiat sebegitu? Bagi saya, ini satu amalan yang sungguh tidak beretika.  Bayangkan jika terdapat para pelancong secara kebetulan melihat mereka melakukan amalan-amalan seperti itu, sungguh memalukan bukan? 




Google Image


Semasa dalam perjalanan balik kerumah setelah selesai bersarapan dengan keluarga, saya mengingatkan diri saya dan anak-anak agar jangan bersikap demikian dan harus mempunyai etika ketika membeli-belah.

Khamis[4/4/2013] Hasil Rekaan Ku

Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Image: Koleksi Sarimah Adzrina Butik & Google


Bismillahirrahmannirrahim dan Assalamualaikum buat semua,

Hari ini saya sedang cuba untuk menghasilkan satu rekaan pakaian khusus untuk remaja di luar sana berkonsepkan islamik bagi yang berpakaian muslimah.


Koleksi Sarimah Adzrina Butik


Ini adalah tips yang sangat bagus yang ingin saya kongsikan kepada remaja-remaja yang sedang rungsing dengan hala tuju masing-masing. Semoga bermanfaat. 

Google Image
Persiapan Untuk Menghadiri Temuduga

Sudah semestinya apabila tamat pengajian, seseorang akan mencari peluang kerjaya berpandukan kesesuaian bidang pengkhususan dan minat masing-masing.

Membuka atau meneliti akhbar, melayari internet untuk jawatan kosong adalah satu kewajipan.  Panduan-panduan yang patut dipatuhi dalam usaha mencari kerja yang diminati untuk menjadikan diri berkerjaya juga harus diambilkira.

  Beberapa garis panduan harus dilakukan seperti berikut:-

1)  Membuat Penyelidikan


Sebelum mengambil keputusan memohon jawatan kosong, pastikan anda mengenal pasti syarikat/organisasi tempat anda nak memohon, juga dapatkan maklumat barkaitan peluang kerjaya yang ditawarkan kepada kakitangan seperti pinjaman, kemudahan hospital dan gaji yang ditawarkan.
 

2)  Membuat Resume Yang Lengkap


Resume yang terang dan jelas perlu dihasilkan daripada kertas yang berkualiti dan bukannya berwarna-warni.  Pastikan semua maklumat peribadi anda, keputusan peperiksaan, aktiviti-aktiviti yang pernah anda sertai, visi masa hadapan anda disertakan dalam resume.  Bawalah resume lebih, semasa menghadiri temu duga.

3)  Membuat Persiapan


Pastikan anda mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan isu-isu semasa dalam dan luar negara, selain pengetahuan yang berkaitan dengan bidang kerja yang anda pohon.  Selepas permohonan, anda berkemungkinan terpilih nmenghadiri temu duga.

Gunakan lah saat penting ini untuk anda menonjolkan diri kepada bakal majikan yang berminat mengambil anda,  Kebiasaannya majikan mencari pekerja yang mempunyai kelayakan akademik yang sesuai dengan jawatan yang dipohon, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, mampu berkomunikasi dengan baik, boleh berkerja secara berkumpulan dan pengetahuan yang luas mengenai teknoloji moden abad ini.

Biasanya sesuatu syarikat/organisasi akan menghubungi anda untuk memberi jawapan dalam masa dua minggu atau lebih selepas anda temu duga.  Namun anda digalakkan membuat tindakan susulan dengan syarikat/orginasasi berkaitan dengan temu duga yang dijalani.

Melangkah ke dunia kerjaya memerlukan anda membuat persiapan secukupnya sebelum, semasa dan selepas temu duga agar anda tidak kesal membina kerjaya dalam syarikat/orginasasi yang menawarkan jawatan kepada anda.

Semoga dengan hasil rekaan saya, anda lebih berkeyakinan tinggi untuk mampu bersaing dengan rakan-rakan yang datang sama untuk temuduga tersebut.

Tuesday, 2 April 2013

Rabu[3/4/2013 - Selasa] Aktiviti Ku Hari Ini

Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Image :  Google


Assalamualaikum...

Hari ini selasa 2/4/2013 saya nak bercerita sedikit tentang aktiviti seharian saya yang boleh dikatakan agak sibuk juga dengan tugasan dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan tapi saya seronok melakukan nya. Selepas bersolat subuh...saya mengambil sedikit masa dalam 45 minit melakukan senaman ringan iaitu membuat renganggan badan dan berjalan kaki. Dalam jam 9.00 pagi saya mengambil sedikit sarapan ala kadar roti toast dan semestinya dengan secawan kopi panas.  Jam 10.15 pagi meneruskan kerja iaitu Belajar Asas Blog) daripada Mentor saya Puan Masayu Ahmad - Panduan Bekerja Di Rumah (WAHM,SAHM,SOHO) sehingga jam 1.30 Petang.  Selepas mengerjakan solat zuhur, saya berehat dalam 20 minit kemudian makan tengahari sedikit iaitu Mee Hoon Goreng dan menyambung semula tugasan penulisan entri tapi saya kehilangan idea tak tahu nak buat entri tentang apa jadi saya menghubungi rakan saya yang bernama Risa sama2 dalam kumpulan Belajar Asas Blog meminta pendapatnya  apa yang harus saya tulis dalam entri untuk hari ini? Risa memberi saya 2 topik (terima kasih byk2 kepada Risa) kerana membantu menyelesaikan masalah saya.


Google Imag



Hari ini saya memang tak keluar rumah.  Sambil2 buat tugasan Belajar Asas Blog ini saya melakukan kerja2 lain seperti menyiapkan tempahan baju daripada pelanggan saya.  Macam biasa saya akan memeriksa buku catatan harian saya apa tugasan saya untuk esok hari seterusnya. Menjawab email kawan2 saya yang berada di luar negara dan dalam negara.  Bertanya khabar dan bertukar2 ilmu...itu lah aktiviti saya hari ini.  Semoga Allah SWT memberkati setiap apa jua tugasan yang telah saya lakukan hari ini.

Monday, 1 April 2013

Selasa[2/4/2013] Pengalaman Untuk Mengembirakan Hati Yang Terluka, Sedih, Kecewa dan Marah

Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Foto: Google

Bismillahirrahmannirrahim dan Assalamualaikum buat semua,

Saya rasa semua orang didunia ini mempunyai perasaan seperti tajuk diatas.  Cuma cara  nak menyelesaikan adalah berbeza dan banyak cara masing-masing.  Keberkesanan nya terpulang kepada kefahaman mental, emosi dan kesabaran kita.

Google Image


Menangis adalah cara terbaik untuk  menyembuhkan kembali hati yang sedang terluka, sedih, kecewa dan marah.  Apabila hati lapang, barulah  kembali fokus untuk menghadapi segala masalah.  Selain itu, dengan cara melupakan perkara-perkara yang melukakan hati kita sakit, juga dapat mengubati hati serta melapangkan minda.  Mengingati perkara yang menyakitkan hati boleh membuatkan diri kita hilang fokus kepada keseluruhannya.

Seperti yang sedia kita maklum, melupakan bukanlah perkara yang mudah, hanya sabar dan ikhlas sahaja yang dapat memadamkan perasaan-perasaan yang kurang menyenangkan.  Saya sering memingatkan diri sendiri, bahawa 'saya seorang yang kuat dan mampu menghadapi semua ini' dengan berpegang kuat kepada azam untuk terus fokus kepada keluarga, kerjaya, rakan-rakan serta masa depan saya sendiri.

Yang paling penting, sentiasa disiplin serta melaksanakan sesuatu perkara dengan konsisten.  Juga jangan lupa pada tanggungjawab kita kepada Allah s.w.t, solat 5 waktu jangan sesekali diabaikan berserta dengan doa-doa semoga kita diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam menghadapi segala dugaan serta bersyukur serta redha dengan apa yang telah ditetapkan untuk kita.  Senyuman serta memaafkan kesalahan orang lain kepada kita juga dapat memberi ketenangan serta minda menjadi lapang.

Kata-kata indah yang dipetik daripada buku Jangan Bersedih (La-Tahzan) "Semangat dan azam untuk hidup hari ini tanpa KESEDIHAN, tanpa KERESAHAN, tanpa KEMARAHAN, tanpa KEDENGKIAN, dan tanpa KEBENCIAN.

Tekad untuk menjadikan hari-hari kita yang terbaik, sebaik yang mungkin dari hari sebelumnya....insyallah semoga kehidupan kita akan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...