Tuesday 30 April 2013

Selasa [31/4/2013] Keterujaan Dalam Bidang Fesyen


Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Image:  Koleksi Peribadi


Semasa kita kecil tentu kita semua  mempunyai minat atau hobi kan? Tentu saja impian kita itu akan kita laksanakan apabila kita besar nanti. Sama seperti saya, semasa kecil sangat teruja dengan pakaian yang cantik-cantik. Masih teringat lagi waktu zaman kanak-kanak apabila saya melihat ibu saya menjahitkan pakaian untuk kami adik beradik perempuan.  Masa itu kain ela jenis cotton agak murah dan ibu saya membelinya sekali sepapan satu warna.  Jadi ibu akan menjahit baju kami semua sama kain dan warna.  Dalam masa yang sama, saya dan adik beradik perempuan akan membantu ibu apa yang patut.  Selalunya ibu akan menyuruh saya menjahit butang, tepi lengan dan bawah baju dengan jahit tangan.  Pada saat itu kami adik beradik berasa cukup gembira dan senang hati kerana akan memakai baju baru dengan warna dan bunga yang sama.  Masa itu, kami adik beradik tidak merasa malu mengenakan pakaian sedondon malah merasa bangga kerana baju-baju kami dihasilkan sendiri oleh ibu kami.

Koleksi Peribadi
Masih segar dalam ingatan saya bagaimana ibu nak memulakan untuk membuat baju kami adik beradik.  Pertama ibu akan menyukat badan kami 4 orang perempuan mengikut saiz masing-masing dengan menggunakan tali pengukur.  Ibu akan membasuh kain cotton terlebih dahulu, dikeringkan dan selepas itu ibu akan menggunakan strika yang telah dimasukkan arang yang telah dibakar terlebih dahulu [pada masa itu belum ada strika seperti sekarang ni] agar kain cotton itu mudah dipotong dan tak berkedut.  Ibu akan membuat 4 pola pakaian  kerana mengikut saiz kami 4 adik beradik perempuan terlebih dahulu dengan menggunakan surat khabar (pada masa itu belum ada kertas khas untuk memotong kain  seperti sekarang ini).  Setelah selesai membuat pola pakaian tersebut, ibu akan bentangkan kain dan meletakkan pola diatas kain dan memotongnya mengikut pola yang telah disediakan. Setelah selesai memotong kain tersebut, biasanya ibu akan melipat satu persatu dan meletakkan kesuatu sudut dengan penuh teliti.  Kami adik beradik amat kagum dengan kepakaran yang ada kepada ibu kami.  Ibu kami hanya belajar asas menjahit di kampung halaman kami yang dinamakan pada masa itu sekolah sains rumahtangga.

Mungkin kerana kami selalu membantu ibu menjahit maka timbul lah minat yang mendalam tentang fesyen.  Memandangkan suatu masa dahulu keluarga kami bukan lah orang yang senang maka niat untuk memasuki sekolah menjahit atau pereka fesyen sepenuhnya agak terhad dan minat saya itu dipendamkan begitu sahaja sehinggalah saya dah berkerja dan mempunyai kewangan yang agak kukuh baru lah timbul kembali minat yang sekian lama terpendam itu.


Koleksi Peribadi

Tekad mengambil cuti tanpa gaji daripada majikan tempat saya berkerja hanya kerana hendak memasuki kelas yang mengendali bidang rekaan dan fesyen walaupun bagi saya mengambil risiko yang agak berat akan tetapi saya memang terlalu minat dalam dunia fesyen dan ditambah pula saya dah mempunyai asas sedikit tentang jahitan.  Fesyen adalah sesuatu yang melibatkan pakaian juga yang boleh mempengaruhi gaya kehidupan setiap insan dalam apa peringkat atau kategori sekalipun. Fesyen juga seringkali berubah-ubah mengikut aliran semasa.  Dengan dunia fesyen, kita boleh melihat gaya seseorang berpakaian  serta perwatakan  yang boleh mengandaikan seseorang itu tentang status diri nya, gaya hidup dan apa keutamaan diri nya. Penceritaan tentang fesyen ini memang tak akan pernah habis samada kaum hawa ataupun kaum adam, dah menjadi satu fenomena disana sini.

Syukur alhamdulillah apa yang saya impikan menjadi kenyataan dan ini lah hasil rekaan saya dibawah label Sarimah Adzrina. Fesyen adalah sesuatu yang boleh menjadikan seseorang kreatif dan inovatif.

Monday 29 April 2013

Pemasaran dan Promosi Bisnes Online



Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Image:  Google



Apabila kita hendak memulakan sesuatu perniagaan, selalunya antara agenda yang ada dalam senarai kita ialah pemasaran dan promosi.  Ini disebabkan pemasaran dan promosi adalah memainkan peranan yang penting untuk memperkenalkan produk yang akan kita ketengahkan.  Tak kiralah apa cara sekalipun perniagaan yang akan kita mulakan semuanya memerlukan pemasaran dan promosi.

Umpamanya sekarang ini dah ramai orang diluar sana yang membuat perniagaan melalui online. Perniagaan online ini memang mendapat sambutan yang sungguh mengelakkan.  Pemasaran dan promosi adalah sesuatu perkara yang hendak disampaikan kepada umum tentang maklumat sesuatu produk yang akan kita niagakan dan juga ia sebahagian daripada cara kita mempemasarankan dan mempromosikan produk tersebut.
 
Pemasaran dan promosi online hendaklah menyebarkan maklumat tentang sesuatu  produk melalui internet seperti di facebook, twitter, blog dan macam-macam lagi dizaman serba canggih ini. Lagipun bisnes online ini adalah sebuah bisnes alam maya iaitu tidak perlu memiliki sebuah kedai hanya perlu ada blog yang mempunyai infomasi yang cukup padat dan mudah difahami (maksudnya pelanggan yang singgah membaca blog kita akan tertarikh dan ingin tahu lebih dalam tentang produk yang kita niagakan).
  
Perniagaan bisnes online ini memamg memberi banyak kelebihan kepada kepada peniaga dan pembeli kerana bisnes online ini sentiasa terbuka siang dan malam.  Tidak ada masa yang terhad baik untuk peniaga mahupun  pembeli walaupun kita sebagai peniaga boleh  kemana-mana,  janji kita ada komputer, IPad, Iphone dan semua teknoloji yang cukup canggih pada zaman serba moden ini semua perniagaan dapat berjalan dgn baik sekali. Masa memang tidak terhad untuk semua peniaga yang berbisnes online. Lagipun segala pengurusan hal-hal bisnes kita yang akan lakukan sendiri juga dapat menjimatkan kos kerana kita tak perlu mengambil pekerja.  Semua urusan dilakukan oleh diri kita sendiri, dapat meluangkan masa bersama keluarga, menetapkan matlamat dan sasaran kita sendiri.

Segala urusan dengan pelanggan dan pembekal boleh dilakukan dimana sahaja kita berada janji tempat yang kita berada pada masa itu mempunyai kemudahan wifi atau kita sendiri mempunyai broadband agar segala urusan berjalan dengan lancar tanpa kerisauan. Zaman sains dan teknoloji ini semua urusan bisnes online boleh jadi mudah walaupun dengan urusan bank boleh dilakukan secara online.




Semoga dengan beberapa tip tentang pemasaran dan promosi bisnes online ini dapat memberi banyak menafaat kepada kita semua.


Sunday 28 April 2013

Jumaat[5/4/2013] Percutian Ke Gangzhuo, China

Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Image:  Koleksi Peribadi


Bertolak daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 8.30 pagi ke Gangzhuo, China dengan menaiki penerbangan Air Asia. Kami sampai di Gangzhou, China jam 2.00 petang. Cuaca di sana pada masa itu ialah 5 darjah celsius. Setibanya kami di Lapangan Terbang Gangzhou, China kenderaan yang sudah ditempah awal untuk menjemput kami ke tempat penginapan telah menanti. Perjalanan ke Bandar Gangzhou memakan masa lebih kurang 2 jam setengah. Kami sempat mencuci mata melihat bangunan-bangunan dan pemandangan yang cukup indah. Lebih kurang jam 5 petang kami tiba ke tempat yang dituju. Setelah selesai mendaftarkan diri, masing-masing masuk ke bilik untuk berehat. Pada sebelah malam, kami keluar untuk makan malam dan cepat pulang ke penginapan kerana keadaan cuaca yang teramat sejuk, lagi pula kami masih penat melalui perjalanan yang panjang.



Koleksi Peribadi
Koleksi Peribadi
Salah Satu Barang Yang Terdapat Disana


Keesokannya, kami menikmati sarapan di cafe sebelum keluar membeli-belah di sebuah gedung yang terbesar di bandar Gangzhou, China yang bernama Zhejiang Yiwa. Di gedung tersebut ada beraneka barangan seperti baju, tudung, aksesori, beg tangan dan boleh dikatakan semua barang ada.  Katagori barang berbeza dan ada gred-gred tertentu yang dikelaskan, kita hanya perlu beri perhatian yang lebih agar tidak tertipu. Ada kalanya kita sendiri tak pernah melihat satu-satu barangan yang terdapat di situ. Harganya cukup murah dan berbaloi. Gedung tersebut cukup besar dan memang tak cukup masa nak diterokai dalam masa sehari. Bayangkan saja satu tingkat bangunan tersebut menjual barangan yang sama. Kami cukup kagum dengan cara mereka berniaga.


Ulat Yang Telah Proses Untuk Buat Kain Sutera

Ulat Yang Telah Proses Untuk Buat Kain Sutera
Masuk hari ketiga kami gedung yang sama untuk melihat barangan yang lain pula. Cuaca memang amat sejuk untuk berjalan ke tempat yang terbuka jadi kami memilih untuk menghabiskan banyak masa di gedung tersebut. Sesuatu yang betul-betul membuat kami terpegun adalah cara mereka bekerja, cukup bersistematik. Manusia yang datang ke sini ada dari berbagai negara dan bangsa. Kami juga sempat melawat tempat membuat kain sutera yang diperbuat daripada ulat. Sungguh terpegun kami melihat seorang lelaki tua dengan tekun dan teliti beliau menunjukkan kepada kami bagaimana ulat diproses menjadi kain sutera. Satu pengalaman yang sunggguh indah. Dua hari sebelum kami nak bertolak balik ke Malaysia, kami sempat melawat ke tempat-tempat yang bersejarah di bandar Gangzhou.
Salah Satu Tempat Yang Menarik


Tempat Yang Menarik


Ingin juga saya kongsikan di sini bagaimana cara mudah untuk menjahit  kain sutera agar nampak kemas dan cantik.  Gunakan kertas minyak atau kertas yang berwarna coklat untuk membuat pola pakaian dahulu sebelum mengunting kain sutera tersebut agar menjadi mudah.  Ini disebabkan kertas minyak atau kertas yang berwarna coklat agak lembut dan mudah dikendalikan. Juga disini ingin saya berkongsi tips cara-cara mencuci kain sutera agar tidak rosak dan tidak pudar warnanya.  Gunakan softlan atau pencuci yang lembut dan gosoklah baju atau kain sutera tersebut perlahan-lahan, bilas dengan air biasa sehingga bersih.  Setelah bersih masukkan baju atau kain sutera itu kedalam plastik yang bersih tanpa memerahkan baju atau kain sutera tersebut.  Pastikan plastik tersebut tidak bocor dan masukkan baju atau kain sutera kedalam peti ais tetapi bukan tempat yang beku.  Biarkan selama 2 atau 3 jam lalu dijemur ditempat yang teduh sehingga kering.  Cara ini membuat baju atau kain sutera tersebut mudah di sterika dan warna kain bertambah cantik.  Selamat mencuba!








   

Friday 26 April 2013

Ahad {21/4/2013} Kisah Bakul Berwarna Merah Jambu


Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Image: Koleksi Peribadi


Disini saya ingin berkongsi cerita yang saya anggap agak lucu juga kalau difikirkan.  Biasalah hujung minggu selalunya yang berkeluarga mahupun bujang akan merancang aktiviti masing-masing. Samalah dengan seorang kawan saya ini yang saya kira dah hampir setahun tak jumpa.  Maklumlah masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing.  Suatu petang kawan saya ini telah menghantar pesanan ringkas (sms) kepada saya, seperti biasa bertanyakan khabar dan seterusnya berbalas-balas pesanan ringkas sehinggalah dia merancang nak ajak saya keluar makan tengahari di hujung minggu disebuah restoran.  Saya pun setuju memandangkan saya pun dah lama sangat tak jumpa dia.  Dalam fikiran saya, tentu banyak cerita yang nak dikongsi bersama setelah sekian lama tak jumpa. Hujung minggu dah tiba dan seperti yang dijanjikan kami pun bertemu dan menikmati makan tengahari dengan perasaan yang cukup gembira dan bermacam-macam cerita kami kongsi bersama.

Setelah selesai menikmati makan tengahari, kawan saya itu mengajak saya membeli belah di sebuah gedung yang menjual barang-barang buatan daripada negara jepun.  Disebabkan keseronokan melihat barang-barang yang cantik dan berkualiti itu, semasa kami memasuki gedung membeli belah itu,  tanpa kami sedari terlupa nak ambil bakul untuk meletakkan barang-barang yang hendak dibeli. Kami terus ke seksyen barang-barang untuk membuat kek dan memilih-milih barang sehinggalah baru kami perasaan kami tak mengambil bakul yang telah disediakan oleh gedung tersebut untuk kemudahan pelanggan.  Tiba-tiba dekat seksyen barang-barang kek itu, kami terpandang sebuah bakul berwarna merah jambu, jadi sangkaan kami bakul itu memang dikhaskan oleh gedung tersebut.  Kami pun mengambil bakul tersebut dan mengisi barang-barang yang hendak kami beli sambil pusing-pusing melihat barang-barang lain.  Dah hampir sejam juga kami didalam gedung tersebut dan akhirnya kami ke kaunter pembayaran.  Juruwang sibuk mengira harga barang-barang yang hendak dibayar sehinggalah penghabisan sekali, juruwang tersebut pun kira sekali bakul warna merah jambu itu.  Kawan saya terus memberitahu juruwang bahawa kenapa dia kira sekali bakul itu? Juruwang agak kebingungan dan memberitahu bahawa bakul warna merah jambu itu untuk dijual bukan bakul untuk letak barang.  Sambil menunjuk kesuatu sudut, juruwang itu memberitahu bahawa bakul untuk meletakkan barang-barang yang hendak dibeli adalah warna hitam.  Kami tergelak besar dan buat muka bodoh.  Keluar saja daripada gedung tersebut, kita berdua tergelak besar.


Koleksi Peribadi


Bila sampai ke kereta, kawan saya bagi kepada saya bakul warna merah jambu itu sebagai kenangan katanya. Jadi dalam perjalan balik ke rumah, tiba-tiba terfikir dalam fikiran saya bahawa saya akan buat entri tentang bakul warna merah jambu ini.

Wednesday 24 April 2013

Serba Sedikit Tentang Apa Itu Butik Online



Teks: Sarimah Deeply Adzrina
Image: Pinterest & Koleksi Peribadi

Jika kita minat dan mempunyai keghairahan dalam fesyen dan tekstil. Mulakan minat dan keghairahan ini dengan membuka butik secara online, ini boleh menjadi perniagaan yang sempurna buat kita. Tidak seperti butik offline, kos untuk memulakan butik secara online adalah jauh lebih rendah. Tidak perlu untuk kita mencari lokasi, menyewa atau membeli bangunan dan tidak juga perlu mengupah pekerja. Jika kita mengambil stok secara ‘dropship’ bermakna kita tidak perlu menyimpan stok atau inventori. Dengan hanya beberapa langkah, pengetahuan fesyen dan rangkaian perniagaan tertentu kita sudah boleh membuka butik secara ‘online’ atau dalam talian.


Pinterest Image


Apa jenis pasaran yang kita inginkan?
  
 Kita juga perlu tahu sasaran pelanggan. Adakah kita nak menjual pakaian untuk ibu-ibu  yang  mengandung? Jika ya,  harus memastikan kita memberikan apa yang mereka mahukan dan trend terkini atau akan datang. Pakaian untuk ibu mengandung adalah berbeza sama sekali dengan remaja di luar sana. Kita perlu tentukan sendiri apakah pasaran sasaran yang menarik minat kita atau apa sebenarnya yang sangat diperlukan oleh pasaran masa kini.

Mencari sumber pembekal pakaian serta harus kita ada menyimpan stok untuk saiz-saiz yang berbeza-beza juga kita perlu mencari pembekal yang boleh memberikan saiz yang pelbagai. Kualiti kain dan jahitan perlu diambil perhatian.  Sekiranya nak buat rekaan sendiri, penting mengikuti perkembangan fesyen terkini setiap masa agar kita tidak ketinggal dengan rekaan-rekaan yang terbaru.  Sekiranya untuk rekaan kita sendiri, kita harus membuat lakaran fesyen apa yang hendak direka, juga perlu mengetahui fabrik dan warna yang bersesuaian dengan rekaan yang hendak dihasilkan itu. Harus mempunyai tukang jahit yang boleh menjahit dengan kemas dan menawarkan harga yang berpatutan untuk setiap rekaan yang kita hasilkan.  Tukang jahit adalah orang yang memegang tanggunjawab yang besar didalam perniagaan yang kita usahakan.




Koleksi Peribadi


 Perlu juga mengetahui sumber pembekal kita dengan lebih jelas agar semua jadual mahupun rancangan dapat berjalan dengan lancar. Dalam hal ini kita perlu membuat penyelidikan dengan lebih teliti, begitu juga jika kita ingin menjalankan perniagaan ini secara ‘dropship’. Perlu untuk kita memastikan ‘dropshipper’ mempunyai reputasi yang baik untuk membekal pesanan dengan segera dan memberi pakaian yang berkualiti tinggi. Kita boleh mencuba buat pesanan sampel untuk melihat sama ada mereka boleh memenuhi kehendak kita atau sebaliknya.


Harus Menyimpan stok  dengan cara yang betul agar stok tidak rosak terutamanya yang telah siap dijahit. Perlu disimpan di tempat yang sejuk, kering, jauh dari haiwan, kanak-kanak, asap dan kelembapan. Stok kita adalah kejayaan masa depan kita dan harusslah dijaga seperti kita menjaga barang kemas kita. Pertimbangkan untuk mendapatkan gudang atau insurans stok adalah sebagai langkah keselamatan jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka.

Membina sebuah laman web dan kita perlu membeli domain dan hosting untuk laman web kita. Kebanyakan syarikat hosting kini menawarkan pakej untuk mengkonfigurasi laman web kita atau kedai online kita. Kita juga perlu mempunyai merchant akaun untuk dapat membolehkan pelanggan membuat pembayaran secara kad kredit melalui laman web kita. Ambil gambar semua stok atau inventori pakaian untuk dimuatnaik ke kedai online kita dan selesaikan semua sebelum dipaparkan kepada umum.

Melakukan pengiklanan yang berkesan dengan cara melawat iklan-iklan online ke pasaran utama dan sasaran pelanggan kita. Gunakan perkhidmatan media sosial seperti Facebook dan Twitter. Google Adword, iklan pay per klik juga cara yang baik untuk mempromosi dan boleh menjadi kos efektif untuk permulaan kerana kita hanya membayar apabila bakal pelanggan klik iklan kita.

Thursday 18 April 2013

Mengapa Pentingnya Promosi dan Pemasaran




Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Image: Google






Google Image




Apakah maksud Promosi dan Pemasaran?

Daripada sudut perniagaan, promosi dan pemasaran ialah menyediakan barangan atau perkhidmatan mengikut bentuk, harga, tempat dan masa yang diperlukan oleh sasaran pasaran.

Keperluan Asas Promosi dan Pemasaran

Definisi diatas membawa kita kepada dua perniagaan asas untuk menentukan kejayaan sesuatu perniagaan iaitu:-

Mengenalpasti dengan tepat keperluan pasaran; dan
Mengadakan satu tawaran selaras dengan keperluan yang telah dikenalpasti:-
  • Bentuk  -  Apa yang dikehendaki oleh bakal-bakal pelanggan
  • Harga   -  Berapa yang mereka sanggup bayar
  • Tempat - Selalunya dimana mereka membuat pembelian
  • Masa    -  Bila mereka memerlukan keluaran tersebut.
  Campuran Pemasaran

Digariskan diatas melahirkan empat unsur promosi dan pemasaran:-

  • Keluaran (product)
  • Harga (price)
  • Tempat (Place)
  • Promosi (promotion)


Keempat-empat unsur ini dikenali sebagai campuran pemasaran juga merupakan asas rancangan pemasaran yang cukup berjaya. Juga keempat-empat unsur ini boleh dirumus kerana tiap-tiap sartu daripada unsur-unsur tersebut boleh diubah-ubah.

Kunci kejayaan promosi dan pemasaran yang betul ialah dimana seseorang peniaga itu dapat memenuhi kehendak pasaran lebih baik daripada pesaing-pesaingnya.

Wednesday 17 April 2013

3/4/2013 [Rabu] Setiap Wanita Ada Kelebihan dan Kekurangan Masing-Masing


Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Image:  Google


Setiap insan yang hidup didunia ini mempunyai kelebihan dan kekurangan.  Tidak ada yang benar-benar sempurna kerana kesempurnaan itu adalah milik allah swt.  Walau siapapun kita, haruslah membuat satu perubahan diri kepada yang lebih baik.  Tidak seharusnya kita menerima bulat-bulat apa yang telah ditentukan kepada kita.  Ini kerana setiap insan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing,  juga haruslah belajar menghargai apa yang kita miliki, kerana itu adalah satu sikap yang terpuji.  Jangan sekali-kali belajar untuk tidak menghargai setiap sesuatu perkara itu apabila ia sudah jauh meninggalkan kita.

Wanita yang memiliki sifat lemah lembut dan keibuaan antara anugerah yang cukup bernilai daripada ciptaan allah swt maka itu lah diciptakan nya pula kaum Adam iaitu lelaki untuk menjaga dan melindungi wanita supaya maruah mereka sentiasa terbela dan saling melengkapi antara satu sama lain. Dalam kelembutan wanita disematkan sikap penyabar, tabah dan berani untuk menempuhi kehidupan yang semakin mencabar serta perlu mempunyai semangat yang tinggi. Kerana kelembutan itu lah ramai yang suka mengambil kesempatan ke atas insan yang bernama wanita.  Itulah indahnya seorang wanita.

Disebabkan banyaknya keperitan yang dilalui oleh wanita, hidup wanita boleh jadi kuat dan cukup tabah malah lebih menanam semangat untuk meneruskan kehidupan demi keluarga.  Sayangilah wanita yang tugasnya sebagai hamba allah, isteri, ibu dan penenang kala kalian ditimpa kesakitan dan musibah. Sayangi mereka seadanya.  Jadikan pelindung terbaik kerana ini banyak jasanya. Waallahualam.




Google Image

                                                              








 

Strategi Promosi dan Pemasaran Yang Berkesan



Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Image:  Google


Google Image


Antara faktor penting dalam sesebuah perniagaan mestilah kita fikirkan bagaimana untuk pelanggan mengetahui produk/barang yang akan kita jual? Jawapannya ialah kita haruslah membuat promosi dan pemasaran. Persoalannya bagaimana tektik atau cara kita nak membuat promosi dan pemasaran pula? Pertama, kita haruslah mengetahui adakah produk/barang yang hendak dijual itu mendapat pasaran? Kedua, klip video ialah salah satu cara untuk mempromosikan secara pengiklanan yang cukup berkesan serta menarik perhatian kepada semua orang.

Dalam apa juga perniagaan yang kita akan lakukan, promosi dan pemasaran adalah peranan yang sangat penting bagi menyarankan pelanggan-pelanggan kita mengenali atau memenuhi kehendak pengguna didalam membekalkan keuntungan aktiviti yang kita jalankan seperti:-

  • Mengadakan promosi jualan contoh: roadshow, iklan dan sebagainya
  • Tempat juga memainkan peranan yang sangat penting iaitu mestilah stretagik seperti pusat membeli belah yang sentiasa padat dengan pengunjung setiap hari.
  • Menawarkan harga yang berpatutan.
  • Produk/barang mestilah berkualiti baik berbaloi dengan harga yang ditawarkan. 

Tuesday 16 April 2013

Tentukan Promosi dan Matlamat Perniagaan

Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Ahad [7/4/2013]



Menyentuh tentang promosi dan pemasaran, adalah matlamat sesebuah perniagaan yang sebenarnya, ada disekeliling kita cuma mungkin kita tidak menyedari bahawa hakikatnya promosi dan pemasaran adalah dimana kita membuat produk/barang, tentang harga, pendedahan promosi, serta tempat pembelian, sebenarnya dah menunjukkan kita secara langsung terlibat dalam sebahagian promosi dan pemasaran.




Google Image


Gambar-gambar contoh pemasaran yang wujud dalam kehidupan kita juga memainkan peranan untuk membuat promosi dan pemasaran yang tepat.


Yang Harus Kita Tahu:-

  • Promosi dan pemasaran adalah bertujuan mempamerkan kehendak individu mahupun berkumpulan.
  • Apa-apa pun boleh dipromosi dan dipasarkan seperti idea, produk/barang, serta perkhidmatan.
  • Pemasaran adalah untuk membuat penjualan serta untuk mengetahui dan memahami pelanggan dengan baik sehingga produk/barang dapat dikenali dengan jelas.

Monday 15 April 2013

Ahad [31/3/2013] Penjenamaan Diri



Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Image:  Google



Google Image




Jenama bukan sahaja pada barang tetapi diri kita juga boleh dijenamakan. Mempunyai kelayakan dalam akademik, kerja yang berkualiti, komitment yang tinggi dan bersikap profesional belum cukup melengkapkan pakej diri dalam aspek kerjaya.


Bagaimana melangkah ke alam pekerjaan, selain keyakinan dan kebolehan diri yang tinggi, kita juga harus bijak menjenamakan diri atau branding, ia kedengaran agak 'gah' tetapi tahukah anda bahawa elemen itu perlu untuk anda melangkah dengan lebih yakin dalam bidang diceburi.  Tentu anda pernah membaca atau mendengar tentang masalah pekerja yang tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak menonjol serta tidak pandai menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan serta masalah berkomunikasi.

Beberapa teknik penjenamaan yang boleh dipraktikkan seperti berikut:-

Membina Jenama Peribadi

Mencari-cari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan pengalaman yang ada, komoditi anda ada satu-satunya syarikat yang membolehkan mereka memilih anda sebagai pekerja dan anda haruslah menyediakan pakej diri yang menarik bagi membolehkan anda diterima sebagai pekerja. Biasanya orang yang akan menemubual anda akan membuat interpretasi tentang diri anda berdasarkan pandangan pertama.
Contoh: walaupun bertudung, anda masih nampak menawan.  Tidak perlu mengadai prinsip diri serta agama dengan berpakaian yang tidak sepatutnya.  Cukup dengan pakaian gaya muslimah, aksesori dan dandanan yang sederhana tapi kelihatan cukup menawan dan sesuai dengan jawatan yang hendak dipohon.

Peranan Penampilan Dalam Membentuk Penjenamaan

Jenama bermula dengan cara pembawaan diri anda, cara berpakaian, berjalan dan bercakap yang sememang menjadi perhatian umum. Pastikan anda mencipta aura yang positif serta bersedia untuk lebih teruja melihat perubahan diri seperti yang anda sangkakan. Jangan lupa senaraikan kelemahan diri serta cari langkah untuk mengatasinya.

Jadilah Seorang Yang Trendy

Walaupun anda seorang yang bertudung, tak semestinya anda tak berpeluang mencipta gaya sendiri, anda harus kreatif atau 'trend setter' untuk pakaian muslimah masa kini.  Trendy maksudnya jangan berlebihan, cukup dengan penampilan yang sopan dikenakan dengan pemakaian aksesori, kasut, warna, fabrik dan tudung yang digayakan. Kebersihan diri juga harus diutamakan.

Kenali Dan Nilai Diri Sendiri

Dalam usaha membina penjenamaan diri, asas penting yang perlu diambil kira ialah anda perlu kenal siapa diri anda.  Jika anda sendiri tidak dapat menilai diri anda sendiri, amat sukar untuk anda membuat perancangan dalam hidup. Seseorang yang tahu kelebihan diri dan mempunyai tahap keyakinan diri yang tingggi, biasanya tahu yang diri mereka cukup berharga.  Tahu hala tuju hidup dan mempunyai perancangan rapi bagi menyerlahkan bakat dan kebolehan diri sendiri bagi menghasilkan sesuatu yang berkualiti.

Kesimpulannya, penjenamaan diri sebenarnya boleh dilakukan semanjak kita dizaman sekolah lagi. Misalnya anda cukup terkenal dengan nama 'pelajar popular' atau sebagainya.  Walaupun kadang-kadang  ada pro dan kontra, anda perlu lihat daripada segi pro. Ambil yang baik, buang yang buruk.  Sejauh manapun sekalipun anda berusaha untuk menjenamakan diri, sesekali jangan dilupakan atau alpa kepada asasnya iaitu hidup perlu berlandaskan keimanan Islam agama yang sempurna bagi kita membentuk hidup yang berjaya di dunia mahupun akhirat.

Untuk penulisan entri ini banyak sumber maklumat saya rujuk daripada buku Nur, Majalah Midi dan Majalah Harmoni


Sabtu[30/3/2013] Perbanyakkan Ucapan Syukur



Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Image: Google


Setiap insan impikan masa depan yang penuh kejayaan, kemakmuran dan kesempurnaan dalam kehidupan masing-masing.  Segalamya yang anda impikan boleh digambarkan didalam fikiran, penuh dengan kegembiraan dan kecemerlangan. Penetapan matlamat dalam kehidupan amat penting untuk menjadi pendorong kepada anda untuk mendapatkan apa yang anda impikan.  Matlamat sebegini secara tidak langsung akan membina sikap positif dan kekuatan kepada anda.

Tetapkan masa atau jangka masa untuk anda mencapai matlamat.  Mungkin 3 jam, 1 minggu atau 1 tahun.  Rancanglah penggunaan masa supaya anda tidak terpesong daripada matlamat anda oleh sifat bertangguh, was-was, hilang tujuan dan kerisauan yang tidak berkesudahan.  Mesti mengetahui kekuatan diri anda daripada segi pengetahuan, kemampuan, kemahiran dan sumber-sumber lain.  Perlu mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengubah diri anda dari dalam serta bersedia menjauhi dan mengatasi halangan yang menanti.

Mengetahui kelemahan diri bukannya, dengan cara mencari alasan untuk tidak melakukan sesuatu tetapi untuk mengenal cara mengatasinya.  Kebanyakan orang mewujudkan keterbatasan dan kelemahan diri sebagai alasan.  Selalu membuat perbandingan diri anda dengan orang lain, sekiranya anda mempunyai kelebihan itu adalah satu kurniaan dan jika ada kelemahan, cuba atasinya.  Jadilah orang yang cemburu dengan kejayaan orang lain tanpa menjatuhkan nya, akan tetapi berusahalah untuk memperbaiki diri untuk menjadi sepertinya.


Google Image


Ramai antara kita mempunyai matlamat tanpa memikirkan samada ianya sesuai atau tidak dengan kemampuan untuk dicapai. Ataukah cuma angan-angan semata-mata? Ciri-ciri suatu matlamat mestilah mempunyai kriteria berikut:-

  • Matlamat haruslah jelas, terang dan nyata.
  • Menetapkan matlamat dengan lebih bersemangat, lebih berusaha dan dorongan untuk mencapainya.
  • Matlamat harus diukur apabila tiba jangka masa yang ditetapkan.

Jesteru itu, untuk menjadi seorang yang benar-benar berjaya mestilah membina satu sikap keyakinan diri serta kemampuan diri yang tinggi.  Perancangan yang teratur juga dapat mengurangkan sikap yang suka menanggguhkan sesuatu tindakan.  Harus juga ada sikap menyayangi diri sendiri agar diri tidak akan menderita dimasa depan.  Tetapkan matlamat dan bersedia mengambil langkah-langkah seterusnya kearah pencapaian, kejayaan dan masa depan yang gemilang bak kata pepatah "orang bijaksana adalah orang yang mampu mengenal keupayaan dirinya".

Semoga anda terus berjaya dalam kehidupan ini.  Belajarlah perkara baru setiap hari dan menjadikan orang yang hebat disuatu hari nanti dan selalu lah mengucapkan syukur pada allah s.w.t

Sunday 14 April 2013

Tingkatkan Kepercayaan dan Kejujuran Kepada Bakal Pembeli

Tingkatkan Kepercayaan dan Kejujuran Kepada Bakal Pembeli

 
Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Image: Google



Langkah-langkah yang harus diambil apabila anda telah bersedia untuk menjalankan perniagaan online iaitu satu tanggungjawab yang besar serta memberi kepercayaan dan kejujuran kepada bakal pembeli anda. Sekiranya pembeli memesan barang yang dikehendakinya dan telah memasukkan wang kedalam akaun anda, harus diingatkan jangan sesekali lambat mengepos barang yang dipesan tadi.  Jangan mengambil terlalu banyak untung melalui produk jualan anda kerana matlamat membeli-belah online  ialah untuk menjimatkan masa dan pembeli tahu produk/barang yang dibeli melalui online adalah lebih murah berbanding dijual dikedai.

Harus diingatkan juga, jangan sama sekali menyorok apa-apa maklumat mengenai produk jualan anda samada anda menjual barang terpakai, haruslah meletakkan maklumat kerosakan atau kecacatan yang ada pada produk/barang tersebut. Juga sekiranya produk/barang yang anda jual mudah rosak seperti biskut atau jeruk, pastikan pembungkusan anda dalam keadaan baik dan boleh menjamin produk/barang itu selamat sampai ke tangan pembeli.


Google Image



Pemberian maklumat kepada pembeli juga harus tepat agar pembeli produk/barang anda tidak menganggap anda menipu wang mereka.  Apa juga perniagaan yang hendak anda mulakan haruslah mempunyai sikap yang konsisten dan peka pada hal-hal tentang perniagaan yang kita jalankan.
Tips Perancangan Bisnes Online

Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Sabtu (30/3/2013)


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Salah satu perkara utama yang perlu dilakukan sebelum menceburi mana-mana perniagaan, kita perlu ada perancangan perniagaan samada perniagaan sambilan mahu hanya suka-suka sebagai hobi sahaja.  Perancangan, matlamat, sasaran, pemasaran yang jelas adalah sangat membantu kita untuk menghasilkan pendapatan secara konsisten.

Rancangan perniagaan dapat membantu kita kekal fokus serta dapat gambaran jelas keseluruhan operasi bisnes.  Peringkat awal, apabila kita menghadapi masalah mudah bagi kita menangani nya yang tidak dapat dijangka atau masalah semasa.  Pelan perancangan boleh dipelbagaikan, semuanya bergantung kepada jenis pilihan bisnes yang diusahakan.  Pelan perancangan bisnes harus jelas samada matlamat jangka pendek atau jangka panjang.  Perincian matlamat , operasi , pengurusan, pemasaran dan khidmat pelanggan harus jelas dapat membantu kita untuk bekerja.




Google Image


Perkara-perkara yang harus anda tahu tentang pelan perancangan bisnes

  • Apakah objektif anda? Apa sebenarnya yang anda ingin capai? serta tujuan anda membuat bisnes online?
  • Produk dan perkhidmatan yang ingin anda tawarkan, sasaran serta kajian pasaran dan potensi anda? 

Apakah jenis bisnes anda:-

Bisnes konvensional, bisnes online, pemasaran internet dan sebagainya.

Menentukan pasaran, adakah produk dan perkhidmatan yang ditawarkan mempunyai permintaan dipasaran? bagaimana berhubung dengan pasaran dan membina jaringan? siapa pesaing bisnes anda juga bagaimana mendapat sumber produk atau perkhidmatan tersebut? 

Bagaimana pelanggan anda menerima barang-barang anda? juga perlukah kakitangan, membuat jadual waktu agar pengurusan masa dan disiplin yang cukup sistematik agar bisnes terurus mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Walauapapun perniagaan yang kita nak usahakan, haruslah memerlukan modal untuk permulaan juga untuk menampung kos operasi.  Harus membuat perincian senarai, modal itu bagaimana harus dibelanjakan, pendaftaran perniagaan, periklanan, berapa lama masa diperuntukkan sebelum mendapat hasil atau untungnya serta bayaran upah kakitangan sekiranya ada.

Khamis[28/3/2013] Warna Juga Boleh Mempengaruhi Emosi dan Persekitaran Kita


Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Image:  Google
 


Google Image


Google Image



Sebut sahaja warna sememangnya memainkan peranan penting dalam kehidupan kita semua.  Warna boleh menonjolkan emosi, perasaan mahupun persekitaran.  Untuk kediaman, warna menjadi peranan mahupun tunjang utama dalam memantulkan suasana dan emosi yang kepelbagaian.  Untuk itu tidak hairanlah jika setiap ruangan yang dicat menggunakan cat warna yang berbeza aka menerbitkan impak yang berbeza-beza.

Jesteru itu, dalam mencipta kediaman impian mahupun pemilihan warna untuk pakaian haruslah bersesuaian dengan emosi kita, haruslah mengenali fungsi warna terhadap ruangan terlebih dahulu bagi kediaman dan bagi pakaian haruslah dikaji adakah bersesuaian dengan corak warna dengan stail yang hendak kita reka mahupun kenakan.

Warna juga memainkan peranan dalam ertikata mempunyai maksud tersendiri seperti warna merah - melambangkan kesan sensual dan mewah, membangkitkan rasa lebih bertenaga, optimis, aktif, hangat dan bersemangat.  Namun penggunaan terlalu banyak warna merah boleh merangsang kemarahan yang agresif. Manakala warna hitam melambangkan maskulin, elegan, mewah, dramatik dan mistri. Warna ini juga boleh menimbulkan kesan duka dan tertekan. Warna hitam sering digabungkan dengan warna merah agar suasana persekitaran dapat diseimbangkan.

Manakala warna putih sering digunakan bagi menimbulkan suasana yang lebih lapang dan bersih.  Kemurnian, perlindungan, ketenteraman, kenyamanan dan memudahkan reflekasi adalah lambang kepada warna putih. Tapi harus berhati-hati mengunakan warna putih sepenuhnya kepada rumah kediaman memandangkan boleh menimbulkan perasaan dingin, kaku dan steril.  Bagi warna merah jambu memanglah satu-satunya warna yang sungguh romantik dan menenangkan, juga melambangkan kasih sayang dan perasaan cinta serta dapat memberi kesan yang positif terhadap minda dan emosi kanak-kanak. Warna biru bermaksud meminjam elemen air dan udara seolah-olah ruangan sedang berinteraksi dengan alam, menimbulkan kesan yang lapang dan harmoni serta boleh melahirkan perasaan sejuk, tenteram dan damai. Warna biru juga sering dikaitkan dengan kesan etnik serta antik.

Warna ungu sememangnya sensual, feminin, antik, anggun dan hangat. Sering juga dikaitkan dengan suasana spiritual, misteri dan daya penarik yg kuat manakala warna hijau sering dikaitkan dengan alam semulajadi kerana boleh membangkitkan suasana persekitaran yang segar, bertenaga dan menyejukkan. Warna hijau juga boleh menimbulkan kesan elegan, serta boleh meredakan stres. Penggunaan warna coklat pula boleh membangkitkan suasana nyaman, anggun serta elegan. Satu-satunya warna yang bersifat natural, hangat dan menenangkan.

Sememangnya warna warni adalah satu-satunya yang boleh membuat kita rasa gembira, anggun dan berkeyakinan diri yang tinggi.






Saturday 13 April 2013

Perkhidmatan Pelanggan



Perkhidmatan Pelanggan

Ahad (7/4/2013)
Teks:  Sarimah Deeply Adzrina




Googe Image

  • Definisi perkhidmatan pelanggan adalah eksepektasi dan strategi pelanggan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.
  • Kepuasan pelanggan untuk mengimbas kembali kejadian atau situasi dimana kita berasa teruja dan seronok.  Contoh:  seseorang pelanggan berpuas hati dengan khidmat yang kita berikan kepadanya.
  • Kefahaman terhadap kehendak dan pengharapan pelanggan serta kemampuan dalaam mereka bentuk sesuatu produk serta perkhidmatan yang diharapkan.
  • Memberikan penekanan terhadap perkhidmatan kepada pelanggan seperti keperluan memberi layanaan mesra dan adil.
  • Memperluaskan penyebaran dan penyampaian kemudahan perkhidmatan serta haruslah mengenalpasti satu langkah yang baik dan cemerlang.
  • Setiap pelanggan adalah umpama seorang pesakit yang memerlukan bantuan doktor untuk menyelesaikan atau mengurangkan kesakitan yang ditanggung oleh pesakit.

Monday 8 April 2013

Pendaftaran Perniagaan Online



Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Image:  Google


Bismillahirrahmannirrahim dan Assalamualaikum semua,

Perkongsian pengalaman mendaftar perniagaan di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).  Perniagaan internet atau pendaftaran perniagaan adalah sama maksudnya seperti perniagaan yang lain-lain.  Perniagaan yang menjual produk, pengiklanan, perkhidmatan mahupun informasi dan sebagainya.  Semasa anda membuat pendaftaran di SSM, anda tak perlu memberitahu kepada SSM bahawa anda melakukan perniagaan melalui internet sebaliknya, anda hanya perlu mendaftarkan perniagaan sahaja. 


Google Image


Selalunya pihak SSM tidak perlu tahu apa yang anda gunakan samada 'Online' atau 'Offline. Mereka hanya perlu tahu jenis atau aktiviti perniagaan yang dilakukan.  Dalam borang pendaftaran perniagaan ada satu mukasurat yang telah dikhaskan untuk mengisi jenis perniagaan yang akan dilakukan.  Jenis atau bentuk, maksudnya yang dilakukan, produk jual-beli, seperti contoh yang dipaparkan ini:-

Menjual Pakaian Kanak-Kanak
Menjual Pakaian Muslimah
Menganjurkan Bengkel ataupun Seminar

dan apa-apa sahaja yang nak dilakukan.  Jumlah bidang yang boleh dimasukkan sebanyak mana anda mahu, kerana tiada had yang ditetapkan.


Beberapa Perkara dan Caj-Caj Yang Berkaitan

  • Pendaftaran baru - RM60.00 untuk setahun atau boleh daftar maksimum 5 tahun;
  • Pembaharuan sijil perniagaan sebanyak RM60.00 dikenakan;
  • Perubahan maklumat pemilik (alamat tempat tinggal dan lain-lain dikenakan RM30.00;
  • Lewat pembaharuan (renew) akan dikenakan denda RM10.00 sebulan dan perniagaan akan automatik lupus (terminated) sekiranya tidak diperbaharui selepas cukup tempoh setahun dari tamat tarikh sijil.  Maksudnya, sudah tidak boleh diperbaharui lagi malahan perlu mendaftar yang baru;
  • Penamatan perniagaan (termination) adalah percuma;
  • Urusan perubahan maklumat sesuatu perniagaan dan pemilik boleh dilakukan serentak dengan dikenakkan caj RM30.00 sahaja;
  • Tips:  Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia), sila ke laman web:http://www.ssm.com.my







Jumaat[29/3/2013] Rekaan Ku Yang Bermotifkan Orkid


Teks: Sarimah Deeply Adzrina
Image: Koleksi Sarimah Adzrina Butik 





Hak Milik Sarimah Adzrina Butik






 




Hak Milik Sarimah Adzrina Butik


Ini adalah hasil rekaan saya sendiri yang bermotifkan 'Orchid of Borneo' iaitu sejenis bunga orkid yang hanya terdapat daripada Negeri DiBawah Bayu, Sabah yang menjadi 'Treadmark' kepada semua koleksi jenama pakaian 'Sarimah Adzrina'.  Saya pengemar semua jenis bunga orkid akan tetapi bunga orkid yang ada dalam sulaman setiap baju rekaan saya adalah satu-satu nya bunga orkid yang hanya terdapat di Gunung Kinabalu.  

Isnin[1/4/2013] Berubah Minat dan Angin

Teks:  Sarimah Deeply Adzrina
Image:  Google



Google Image

Kadang2 kita semua ada masa dilanda perasaan berubah minat dan angin.  Maksudnya kadang2 boleh membuat kita rasa keliru tapi itu adalah hakikat yang ada dalam setiap naluri manusia. Kalau sebelum ini saya memang suka mengumpul barang2 perhiasan dan sukakan suasana yang riuh rendah tapi kini semuanya berubah...dah tak minat menyimpan barang2 perhiasan kat rumah rasanya membuat kepala saya berserabut dan suka dengan suasana sunyi sepi. Kawan2 cakap kalau kita rasa macam itu cubalah keluar daripada rumah ke tempat2 yang boleh tenangkan fikiran kita agar kita dapat mencari ilham dan boleh fokuskan apa sebenarnya yang kita nak dan kenapa kita ada rasa berubah minat dan angin? apakah kita dah bosan dengan tugas yang sama kita lakukan setiap hari? Ini lah yang saya rasakan terhadap diri saya sejak kebelakangan ini...ada juga saya minta pendapat pada kawan2 saya kenapa saya punya rasa sedemikian?  Kawan2 saya cadangkan agar saya luangkan masa untuk pergi ke tempat2 yang jarang saya kunjungi agar dapat bertukar angin juga dalam masa yang sama dapat mencipta masa berkualiti bersama anak2. Saya juga suka dengan suasana yang banyak pokok2 hijau.

Google Image

saya ingin merancang percutian bersama anak2 ke tempat2 yang belum pernah saya kunjungi dalam negara kita ini saja...bak kata orang, jauh perjalanan, luas pandangan dengan melihat tempat2 yang menarik dan dalam masa yang sama dapat melarikan diri daripada rutin harian yang sama juga mendapat banyak idea baru untuk diaplikasikan dalam perniagaan dan kerjaya saya nanti.  Juga akan berasa lebih yakin dan bersemangat untuk memulakan tugasan harian saya sekembalinya daripada percutian itu nanti.  Terima kasih kepada kawan2 yang memberi keyakinan dan semangat pada diri saya yang tiba2 saja berubah minat dan angin...

Secawan Kopi Suatu Kemestian Dalam Kehidupan Ku Setiap Hari

Teks:  Sarimah Deeply Adzrina 
Image:  Google


Google Image

Kita selalu mendengar cerita minum kopi itu tak bagus.  Disini saya ingin berkongsi dengan kawan2 sekelian bahawa semenjak kecil hinggalah sekarang ini hari2 saya mesti kena minum secawan kopi.  Umpamanya kalau saya tak mengambil secawan kopi sebelum saya melakukan sesuatu kerja mahupun tugasan yang memerlukan saya untuk berfikir...alamatnya saya tidak akan boleh melakukan atau memikirkan idea2 yang boleh datang dalam kotak fikiran saya.  Betapa hebatnya secawan kopi boleh mempengaruhi atau menguasai tubuh badan seseorang kan?

Saya juga pernah terbaca dalam satu buku bahawa satu kajian dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan US mendapati orang yang meminum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari boleh hidup lama (semua itu urusan Allah SWT).  Boleh memberi faedah kepada kesihatan kita secara dramatik, boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis) juga mengurangkan risiko penyakit parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara 40%, mencegah stroke 25%.

Sebelum bersenam digim atau dikawasan rumah, elok kita minum secawan kopi dulu kerana selepas minum kopi tersebut, badan kita akan mengeluarkan Endorfin, yang boleh meningkatkan lagi prestasi kita untuk bersenam dengan baik.  Kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan tenaga.

Terdapat 1,000 antioksidan dalam secawan kopi.  Antioksidan boleh memberi manfaat pelbagai cara, dapat membantu menyingkir toksin yang boleh menyebabkan kanser, dapat meneutralkan radikal bebas yang menyebabkan badan cepat naik dan masalah kesihatan yang lain juga boleh mencegah penyakit gout.

Kehidupan saya tak akan sempurna tanpa secawan kopi dalam sehari...hebat kan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...